Rumah Sukan SABAH, dinobatkan Johan Keseluruhan Temasya Sukan Sekolah Tahun 2019. Kejayaan yang dilakarkan oleh Rumah Sukan Sabah,kerana komitmen yang diberikan oleh para atlet, guru-guru penasihat dan juga ibu bapa pelajar yang sentiasa menyokong dalam anak-anak mereka mengaktifkan diri dalamkegiatan kokurikulum. Rumah Sukan SABAH, mendapat saingan dari rumah-rumah sukan lain yang bertanding seperti Rumah Sukan GAYA, Rumah Sukan CHARTER dan Rumah Sukan COLONY. Kejohanan olahraga ini yang berlangsung selama dua hari di Stadium Likas Kota Kinabalu, disempurnakan perasmiannya oleh bekas pelajar Maktab sabah sendiri.
Tahun 2020, Kejohanan Olahraga antara rumah-rumah sukan Maktab Sabah tertangguh, ekoran Pandemik Virus Covid 19. Sebelum cuti suku pertengahan persekolahan, pelajar-pelajar di setiap rumah sukan sibuk dengan persiapan masing-masing kerana jadual pertandingan akan dilangsungkan sebaik sahaja tamat cuti persekolahan suku pertengahan iaitu hari pertama sekolah selepas cuti. Namun melihat kepada penularan virus covid 19, pihak sekolah belum lagi memutuskan tentang tarikh kejohanan baru, memandangkan persekolahan belum beroperasi apabila kerajaan mengumumkan secara berfasa Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020. PKP setiap fasa mengambil masa selama 14 hari, bagi memutuskan rantaian penularan covid 19 dari terus menular.
Namun, melihat kepada dua kejohanan yang dipertandingkan sebelum ini Rumah Sukan SABAH mendapat Johan dalam Pertandingan Merentas Desa dan Naib Johan dalam Pertandingan Sukan Tara. Apapun, setiap rumah sukan memiliki semangat masing-masing bagi meastikan rumah sukan masing-masing menjadi johan.
#stayathome
#kitajagakita
#11Ramadan1441H
No comments:
Post a Comment