Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, February 20, 2014





















Tarikh : 18 Februari 2014  Hari : Selasa
Masa : 7:00 pagi hingga 1:20 petang
Tempat : Dewan Sa'adah, Wisma MUIS
Sasaran : Pelajar Tingkatan 3, 4, 5 dan Pra U
Penceramah : Arif Muazzim Bin Abdul Rahman (AMAR)
Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah  dengan kerjasama PIBG dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengadakan Program Motivasi Siri 1/ 2014. Program kali ini menjemput seorang pakar motivasi dan juga seorang selebriti iaitu En. Arif Muazzim Abdul Rahman (AMAR). Selain itu, dalam program ini murid-murid juga didedahkan tentang pengurusan kewangan yang disampaikan oleh En. Azmi Abd. Majid Pengurus Cawangan PNB Kota Kinabalu. Beberapa pengisian program ini antaranya slot motivasi yang diselang selikan dengan lagu dan juga pertunjukkan silap mata. Semoga program ini dapat merangsang pelajar untuk lebih faham, konsentrasi dan fokus serta tahu teknik, kaedah dan pendekatan yang betul untuk menjadikan diri mereka sebagai pelajar cemerlang.



MAKLUMAN KEPADA LEPASAN SPM 2013 - PELAJAR MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU DAN YANG BERMINAT MEMOHON.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang kepada murid-murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk mengikuti program Pra - Universiti di Sekolah Sukan Malaysia.

Murid-murid lepasan SPM yang layak dan berminat boleh memohon secara atas talian (on-line) mulai 10 Februari hingga 9 April 2014. 

Tatacara Permohonan Program Pra Universiti Lepasan SPM.
  • mengisi dan melengkapkan borang permoonan secara 'online' di web KPM www.moe.gov.my
  • tarikh permohonan dibuka pada 10 Februari hingga 9 April 2014
  • mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih
  • menghantar borang permohonan yang dilengkapkan beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan kepada;
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Syarat permohonan.
  • mewakili negara / berpotensi mewakili negara
  • telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia
  • umur tidak melebih 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan
  • aktifdalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan
  • lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.
Syarat-syarat khas.

Aliran Sains
  • sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran matematik moden dan lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut; Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan dan Sains Sukan.
Aliran Sastera.
  • sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan lulus 2 mata pelajaran berikut; Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains Tambahan, Teknologi Maklumat, Bioloi, Fizik, Kimia, Sains Sukan.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414