Thursday, February 20, 2014

PERMOHONAN PROGRAM PRA-UNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SESI 2013/2014 SECARA ONLINE.

MAKLUMAN KEPADA LEPASAN SPM 2013 - PELAJAR MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU DAN YANG BERMINAT MEMOHON.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang kepada murid-murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk mengikuti program Pra - Universiti di Sekolah Sukan Malaysia.

Murid-murid lepasan SPM yang layak dan berminat boleh memohon secara atas talian (on-line) mulai 10 Februari hingga 9 April 2014. 

Tatacara Permohonan Program Pra Universiti Lepasan SPM.
  • mengisi dan melengkapkan borang permoonan secara 'online' di web KPM www.moe.gov.my
  • tarikh permohonan dibuka pada 10 Februari hingga 9 April 2014
  • mencetak borang yang telah diisi untuk mendapatkan laporan jurulatih
  • menghantar borang permohonan yang dilengkapkan beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan kepada;
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Syarat permohonan.
  • mewakili negara / berpotensi mewakili negara
  • telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia
  • umur tidak melebih 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan
  • aktifdalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan
  • lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.
Syarat-syarat khas.

Aliran Sains
  • sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran matematik moden dan lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut; Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan dan Sains Sukan.
Aliran Sastera.
  • sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan lulus 2 mata pelajaran berikut; Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains Tambahan, Teknologi Maklumat, Bioloi, Fizik, Kimia, Sains Sukan.

No comments: