Tuesday, January 14, 2014

Mentor Mentee Pra U2, 2014



















Program mentor mentee bagi pelajar Pra U Maktab Sabah telah dilaksanakan mulai tarikh 13 Januari 2014 semasa perhimpunan  rasmi . Setiap guru akademik yang bertindak sebagai mentor telah menerima mentee masing-masing dan usaha ini diharapkan mampu mencemerlangkan murid dalam aspek akademik, penglibatan kokum dan juga pembangunan sahsiah.


Program Mentor Mentee merupakan satu program yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan satu suasana harmoni di kalangan komuniti  sekolah menengah / rendah  khususnya antara guru dan murid. Kerjasama serta sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah diharapkan. 

Sistem mentor  terdiri daripada komponen Sistem Ibu / Bapa Angkat dan Sistem Bimbingan. Mentor bertindak sebagai seorang Ibu / Bapa Angkat yang sentiasa memberi nasihat dan tunjukajar serta bimbingan berguna kepada sebilangan murid. Murid berkenaan merupakan anak angkatnya yang disebut ‘Mentee’.

No comments: