Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, October 27, 2020

 Teknik Memberi Galakan.

Teknik ini merupakan inti padu dalam psikologi individu. Apabila kaunselor memberi galakan kepada klien, cara ini dengan sendirinya merangsangkan klien untuk melakukan tindakan baru. Kekuatan elemen galakan adalah keupayaannya memberi tunas baru dalam diri klien dengan tersemainya rasa yakin serta rangsangan memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Ini sahaja sudah meyakinkan klien mengubah pendirian daripada seorang yang mempunyai perasaan rasa rendah diri kepada keunggulan, selanjutnya menyeflahkan satu perubahan gaya hidup ke arah minat sosial yang lebih sempurna.

Teknik Bertindak 'Seolah-Olah'.

Teknik ini menyerupai cara main peranan. Kaunselor akan memberi galakan kepada klien supaya dapat melahirkan kehendak untuk belajar melakukan suatu tindakan dengan yakin. Contohnya, klien yang merasa kurang yakin untuk mengadap ketua jabatannya kerana menganggap ketua jabatan tersebut begitu garang dan tegas dalam interaksinya. Dalam hal ini,kaunselor akan meminta klien memainkan peranan seolah-olah klien ini seorang pekerja yang tegas dan mempunyai fakta yang bernas dalam perbincangannya dengan ketua jabatan tersebut. Klien digalakkan agar mempunyai keyakinan diri yang ia mempunyai kelebihan yang disukai oleh ketua jabatan tersebut seperti tekun dan sifat kejituan melaksanakan tugas. Apa yang berlaku, kaunselor telah mengajukan satu cabaran kepada klien mengambi risiko dalam usaha mengubah perlakuannya. Latihan ini dilakukan berulang sehingga klien  senang melaksanakan peranannya yang baru.


Teknik Menekan Butang Isyarat.

Teknik ini memberi isyarat kepada klien bahawa tanggungjawab dalam tangannya sendiri. Tidak ada orang lain yang boleh mengambil alih tanggungjawab yang dipikul oleh klien. Biasanya teknik menekan butang ini diguna bagi mengubah perasaan klien daripada satu perasaan negatif kepada yang lebih positif terhadap sesuatu pengalaman. Klien yang bertanggungjawab mengubahkannya diminta oleh kaunselor supaya memfokus dengan tekun perasaan yang mengiringi situasi yang tidak selesa itu. Dengan cara,memfokus kepada perasaan yang tidak selesa itu, kaunselor memberi isyarat bahawa klienlah yang sebenarnya mengawal keadaan. Kesedaran ini akan membawa klien kepada satu persepsi baru dan permulaan perubahan akan berlaku.







Saturday, October 24, 2020

 Motivasi diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Tanpa motivasi pembelajaran tidak digunakan sepenuhnya. Pelajar lemah akan bertambah lemah manakala pelajar cemerlang tidak mencapai tahap kecemerlangan maksimun jika dibandingkan jika ia mempunyai motivasi. Oleh itu, dalam tajuk ini  kita membicangkan motivasi diri;






A. Tentukan Matlamat.

- Matlamat ialah hala tuju dan arah tujuan dalam kehidupan. Seoarng pelajar yang inginkan kecemerlangan mestilah mempunyai satu matlamat hidup yang jitu. Matlamat akan menggerakaan pelajar unutk berusaha lebih keras bagi menentukan kejayaan di masa hadapan. Bagi merealisasikan matlamat hidup, pelajar tersebut mestilah berusaha keras serta bijak menguruskan masa dalam kehidupannya.

B. Tampalkan matlamat.

- Untuk mengelakkan pelajar terlena dan melupakan terus pelajaran. Tampalkan matlamat pelajar terutama di ruang belajar. Seboleh-bolehnya tampalkan matlamat tersebut di;

i. ruang yang mudah dilihat

ii.di segernap penjuru tempat belajar.

C.Senaraikan kekuatan dan kelemahan

- Sebaraikan kekuatan dan kelemahan untuk melihat kekurangan dan kelebeihan diri pelajar dalam pelajaarn. Kaji dan perbaiki kelemahan pelajar dan tingkatkan kekuatan yang ada pada diri pelajar. Dengan melihat kelemahan dan kekuatan  tersebut pelajar mampu meningkatkan motivasi diri.

D. Sentiasa bersikap positif''

- Sentiasa berkata 'yes ia can atau saya boleh'. Pelajar akan rasa motivasi semakin meningkat. Orang yang bersikap positif tidak takut gagal. Jika gagal mereka tidak berputus asa dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

E. Sentiasa bertindak positif.

- Orang yang bersikap positif akan bertindak dan sekarang bukan 'nanti' atau ;kemudian hari'. Proses ulangkaji pelajar harus bermula dari hari pertama pembelajaran pelajar. Jangan menangguh ulangkaji hingga ke hari peperiksaan.

F. Sentiasa berfikiran positif.

- Sentiasalah berfikir tentang kejayaan pelajar di masa hadapan. Apa yang pelajar perlu lakukan untuk berjaya dan apa yang pelajar ingin jadi selepas berjaya. Sentiasalah berfikir dan merasakan bahawa pelajar sebenarnya mempunyai kemampuan untuk berjaya. Dengan berfikiran positif sikap dan tindakan pelajar turut menjadi positif.

G. Elakkan perbuatan yang tidak berfaedah.

Sebagai pelajar, tanggungjawab utama pelajar adalah untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu tugas utama pelajar ialah mentelaah pelajaran. Setiap pelajar harus mengelak daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, berbual kosong, merayau-rayau dan sebagainya.  Perbuatan yang tidak berfaedah hanya melihatkan kelemahan motivasi diri pelajar.

H. Dengar nasihat guru dan ibu bapa.

- Nasihatyang berulang kali akan meningkat motivasi diri. Pelajr harus mendengar pandangan dan teguran daripada guru atau ibu bapa kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding kita.  Segala nasihat tersebut adalah daripada pengalaman kegagalan dan kejayaan yang pernah mereka kecapi sewaktu bergelar pelajar. Pelajar tidak rugi untuk mendengar dan mengikut nasihat mereka sebagai bekalan pada masa hadapan. Kebanyakan mereka adalah yang telah berjaya hidupnya sepetti ayah dan ibu pelajar yang berkerjaya.

I. Tidak membuang masa.

- Masa itu emas. Masa yang pergi akan ditukar ganti. Oleh itu gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Jangan melakukan perkara yang tidak berfaedah yang hanya akan merugikan masa. Penuhi masa pelajar dengan mentelaah pelajaran. Orang yang dapat menguruskan masa dengan baik adalah orang yang bermotivasi.,

J. Tidak cepat berputus asa.

- Orang yang gagal sebenarnya orang yang cepat berputus asa. Sebagai pelajar tidak sepatutnya cepat berputus asa jika gagal.  Anggaplah kegagalan itu adalah penawar bagi kejayaan.

K. Berusaha atas kerelaan bukan paksaan.

- Kecemerlangan yang jitu hanya boleh dicapai sekiraya pelajar itu mempunyai kemahiran untuk berjaya. Jika pelajar itu terpaksa belajar kerana disuruh oleh ibu atau guru, maka pelajar berkenaan tidak berupaya mencipta kecemerlangan buat diri sendiri. Apabila seseorang pelajar memiliki kemahuan yang membara untuk berjaya, ia akan memberi tenaga  mental yang mencukupi untuk mengatasi segala cabaran.







24 Oktober 2020 (Sabtu).

Tuesday, October 20, 2020

Setiap diri kita, terutamanya pelajar pasti mempunyai cita-cita tinggi. Setiap pelajar pasti mahu menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik. Akan tetapi, sebelum pelajar berjaya mencapai  cita-cita pelajar harus mempunyai tabiat belajar yang cemerlang.

Mulai hari ini, aku tak nak buang masa lagi. Aku mesti BENTUK DIRI aku dengan TABIAT BELAJAR CEMERLANG, Baru gempak.

INGIN MEMBENTUK TABIAT BELAJAR CEMERLANG?

1. Tetapkan matlamat semasa menyiapkan tugasan sekolah atau mengulangkaji.

- penetapan matlamat akan mengarahkan pelajar membuat persiapan yang lebih teratur, tersusun seterusnya berkesan dalam menghadapi peperiksaan. Matlamat bukan hanya ditetapkan untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi juga dalam pembentukan tabiat belajar yang cemerlang. Matlamat dalam teknik pembentukan tabiat belajar cemerlang ialah matlamat semasa menyiapkan tugasan sekolah atau semasa mengulang kaji. Kepentingan memiliki matlamat ini adalah untuk;

i. pelajar lebih jelas akan arah tujuannya. dia ada sasaran yang hendak dituju.

ii. apabila pelajar serius untuk mencapai sesuatu matlamat maka ia dapat memberi dorongan untuk memperoleh kecemerlangan.

iii. boleh menilai prestasi diri dari semasa ke semasa apabila diukur dengan matlamat yang telah ditelakkan.

iv. masa dapat diuruskan dengan lebih efektif dan pembaziran masa dapat dikurangkan.

2. BELAJAR mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan dalam jadual waktu.

- kaedah terbaik merancang aktiviti pembelajaran adalah dengan membuat jadual waktu belajar. Jadual waktu yang dibuat perlu fleksibel, supaya mudah diikuti. Tiga perkara utama dalam penetapan jadual waktu belajar yang fleksibel adalah seperti berikut;

i. tentukan zon belajar harian, sama ada pagi, petang atau malam.

ii. nyatakan tempoh belajar yang perlu dihabiskan.

iii. catatkan aktiviti pembelajaran yang perlu dibuat. Sama ada membuat ulangkaji atau menyiapkan kerja rumah.

3. Kosongkan pemikiran. Jangan serabutkan pemikiran dengan perkara-perkara tidak penting.

- sebelum memulakan pembelajaran, pastikan keadaan pemikiran pelajar adalah kosong dan tidak menghadapi sebarang masalah. Jangan serabutkan pemikiran dengan perkara-perkara yang tidak penting. Jika kita terlalu memikirkan tentang perkara-perkara yang tidak penting, tumpuan atau konsentrasi akan hilang dan apa yang dipelajari tidak akan dapat dihayati.

4. Tenangkan perasaan. Belajar dalam keadaan gembira dan tenang.

- setiap kali memulakan pembelajaran, perasaan haruslah tenang dan ingatkan tentang pelajaran sahaja. Perasaan yang rasa gelisah akan membuatkan rancangan pembelajaran kamu tergendala. Jika pelajar dalam kedaan yang marah atau sedih, berhenti sebentar dan sambung semula selepas pelajar berasa tenang.

5. Jangan membazir masa. Hadkan masa untuk aktiviti sosial.

- Masa tidak boleh dibeli, dipinjam, dicuri, dicari, di reka cipta atau disimpan, masa yang ada harus digunakan sepenuhnya.  Aktiviti utama yang perlu diutamakan setiap hari adalah seperti berikut

i. menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

ii. memperbanyakkan latihan mata pelajaran yang pelajar lemah, contohnya matematik.

iii. Lihat soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan buat soalan-soalan yang diberi.

iv. mengulangkaji topik yang baru dipelajari agar lebih difahami

v. baca topik yang akan dipelajari terlebih dahulu.

manakala aktiviti yang tidak perlu diutamakan ialah.

i. membaca komik, buku cerita atau buku-buku yang tidak membantu dalam pelajaran.

ii. menonton televisyen, mendengar radio atau menonton wayang.

iii. berbual-bual kosong melalui internet atau telefon

iv. terlalu banyak tidur, bermain atau berjalan-jalan

v. aktiviti-aktiviti lain seperti menghabiskan masa terlalu banyak untuk aktiviti kegemaran atau hobi.

6. Tajamkan minda semasa mengulangkaji. Tingkatkan tahap pemahaman dan ingatan.

- tajamkan minda adalah meningkatkan tahap pemahaman daya ingatan. Penajaman minda bermula dengan tumpuan dalam kelas. Semasa dalam kelas, dengar betul-betul apa yang disampaikan oleh guru. Bertanya jika kurang memahami ajaran guru. Mendengar dan memahami ajaran guru adalah asas untuk membentuk tabiat belajar yang cemerlang.

7. Peruntukkan waktu rehat. Otak manusia bukannya komputer, berehatlah jika kamu berasa penat atau mengantuk.

- tidak ada manusia yang boleh berkerja 24 jam. Berehat sekejap kira-kira lima minit setelah membaca selama 30 minit. Selepas itu, tumpuan kepada bacaan dapat ditingkat semula.

8. Berikan pujian kepada diri sendiri kerana berjaya menyiapkan kerja rumah. Selepas itu, berikan ganjaran kepada diri sendiri.

- Hal ini akan meningkatkan keazaman diri pelajar sendiri dan menanam keyakinan bahawa pelajar boleh menggenggam kejayaan.





Saturday, October 17, 2020

A. Tetapkan tempoh perbincangan.

- Jangan mengambil masa yang terlalu lama. Memadai dua hingga tiga jam sahaja.

- Tetapkan sebanyak tiga toipik dalam tempoh itu. Jika tiada had, subjek yang dibincangkan mungkin tidak dapat dikuasai.

B. Saling bekerjasama.

- Jangan menyimpan perasaan tidak senang hati. Ini boleh menjejaskan aktiviti.

- Rapatkan hubungan melalui kerjasama yang erat.

C. Kekalkan hubungan yang rapat.

- Kekalkan hubungan bukan setakat ahli dalam pembelajaran berkumpulan

-Garapkan semangat berpasukan sebagaipendorong kejayaan bersama.

D. Saling memberi dorongan .

- Dorongan diberi dengan cara saling memberi nasihat setiap kali perbincangan diadakan.

- Boleh dijadikan sebagai faktor penggalak dalam kejayaan berkumpulan.

'Kita mesti mengeratkan hubungan dan kerjasama, bak kata pepatah 'muafakat membawa berkat'


17 Oktober 2020. Sabtu





Monday, October 12, 2020

Dalam proses pembelajaran, tekbik membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Hal ini kerana teknik membaca yang betul dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu, teknik membaca yang betul, amat penting dalam proses pembelajaran. Antara teknik membaca yang boleh menigkatkan mutu pembacaan adalah seperti berikut'

1. Membaca secara berhati-hati.

- Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca.

- Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya.

- Elakkan gangguan radio dan televisyen.

2; Membaca secara menyeluruh.

- Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir.

- Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting.

- Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara berulang-ulang.

- Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik.

- Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam.

- Ini dapat mengelakkan pelajar tertinggal membaca fakta penting.

4, Membaca dalam suasana yang selesa.

- Lampu hendaklah dipasangn dengan terang.

- Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.

- Udara sekitar mestilah mencukupi.

- Suhu bilik sederhana. tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berada dalam keadaan selesa.

- Duduk dengan betul. bahagian belakang badan tegak dan tersandar pada kerusi.

- Pastikan kamu tidak demam, penng, selesma atau sebagainya. jika sakit, makan ubat dan berehatlah.

6. Baca secara berperingkat.

- Peringkat permulaan baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.

- Peringkat seterusnya, membaca isi untuk mendapatkan maklumat pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba bentuk soalan ketika membaca.

- Gunakan kaedah 1 husband 6 wives.

(How, What, Who, When, Where, Which, Why)

- Dengan membentuk soalan pelajar akan lebih ingat isi yang dibaca.

8. Catatkan isi yang dibaca.

- Dengan mencatat pelajar menggunakan tiga kaedah sekaligus iaitu, membaca, mencatat dan mengingat.

- Ketika mencatat pelajar akan berfifiki 'apakah yang perlu dicatat? Ingatan pelajar menjadi lebih tajam.

9. Gunakan bahan pembelajaran lain ketika membaca.

- Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.

- Tandakan isi-isi penting dengan highlighter

- Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.

- Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian

- Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.


















































































































12 Oktober 2020 (Isnin)

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414