Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, July 30, 2009







Tarikh : 24 Julai 2009
Hari : Jumaat
Masa : 7. 00 pagi
Bil. Pelajar : 40 orang
Bil. Guru : 3 orang

Seramai 40 orang pelajar PraU1, 2009 ke Universiti Malaysia Sabah menghadiri program anjuran UMS. 3 orang guru pengiring iaitu Puan Noraisah Aribun, Puan Danielle Foong Chai Yen dan Sia Pik Chan (Guru Pelatih). Antara tujuan lawatan adalah mendedahkan pelajar tentang peluang pendidikan berkaitan dengan bidang gas.





Tarikh : 29 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 12.00 tgh hingga 3.30 petang
Bil. Pelajar : 16 orang
Bil. Guru : 2 orang

Rombongan Kelab Kerjaya Maktab Sabah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sanctuary Birds Park, Kota Kinabalu. Seramai 16 orang pelajar telah hadir antaranya ialah Allana Bandusena (Pengerusi Kelab Kerjaya), Dk.Khadijah Mohd. Hanan, Hesley Mostajap, Mohd. Nasreen, Joener, Siti Athirah Awang Sarie, Fatin, Masyurie, Mohd. Khairil Afiq,Jessica, Redzuan Henry.
Antara tujuan lawatan adalah mendedahkan pelajar tentang peluang-peluang kerjaya berkenaan dengan bidang penyelidikan. Semoga lawatan yang diadakan memberi manfaat kepada para pelajar. Teruskan usaha. Syabas dan tahniah.
Wednesday, July 22, 2009





Tarikh : 15 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Lokasi : Kilang Coklat di Inanam.

Persatuan Puteri Islam Malaysia, Maktab Sabah telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kilang Coklat. Rombongan ini seramai 40 orang pelajar dan diiringi oleh Guru Penasihatnya iaitu Usz. Radhiah Haji Maidin, Usz. Mazlin Musa, Usz. Aida Farha dan Puan Nafisah. Antara tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan pelajar cara-cara menyediakan coklat. Harapan pihak sekolah, semoga pelajar memperolehi ilmu yang bermanfaat pada program yang dihadiri.
Monday, July 20, 2009

Guru-guru sedang menunggu giliran.

Bersama pelajar dan guru

Desmond, Suen, Charles, John dan ayahanda Musli

Pasukan hebat. Desmond, Salina, Zuraidah dan Loh

pose istimewa, rasa tak ada stress langsung.

Gabungan antara pelajar dan guru yang hadir pada pertandingan tersebut.
Cik Adeline,Sdri. Syahirah Musli, Puan Lim, Cik Woo, Cik Noraizah dan Cik Cindy
Gabungan antara ahli Kumpulan 1 dan Kumpulan 2.

Nampak bergaya pasukan guru-guru lelaki Boling Maktab Sabah.

Gambar sepenuhnya, guru-guru yang hadir sebelum permainan bermula
Guru-guru mendaftar dan cabutan penentuan ahli kumpulan.
Tarikh : 18 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : CPS, Kota Kinabalu

Kelab Staf Maktab Sabah telah mengadakan permainan Boling. Sebanyak 9 pasukan telah menyertai permainan tersebut. Antara tujuan permainan tersebut adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dikalangan guru, disamping melepaskan tekanan kerja seharian. Berikut keputusan pertandingan.

Tempat Pertama diwakili oleh,
1. En. Desmond Santum
2. En.Loh
3. CikSalina Salleh
4. Puan Zuraida

Tempat ke 2, diwakili oleh,
1. En. Mohd. Nordi Daud
2. Ust. Amili Abd. Razak
3. Cik Suen
4. Cik Adeline Chong

Tempat ke 3 diwakili
1. E. Abd. Mutalib
2. E. Jipanis Suali
3. Puan Erna Lam
4. Cik Woo Su Kim

Tempat ke 4 diwakili oleh.
1. En. Charles Ligunjang Jr
2. En. Musli Bin Andalan
3. Puan Lim Gin Wah
4. Puan Juliah Matnoor.

manakala keputusan kategori individu ialah

a. Kategori Lelaki
Tempat Pertama : En. Mohd Nordi Daud
Tempat Kedua : En. Desmond Santum
Tempat Ketiga : En. Abd. Mutalib Pie

b. Kategori Perempuan
Tempat Pertama : Puan Zuraida
Tempat Kedua : Puan Juliah Matnoor
Tempat Ketiga : Cik Cindy Soh Shuk Phing

Penyampaian hadiah permainan disempurnakan oleh Puan Saripah Ghul Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran semasa perhimpunan sekolah pada 20 Julai 2009 (Isnin)
Friday, July 17, 2009

Para pemenang bergambar dengan tetamu kehormat.

Peserta Maktab Sabah mendapatkan ucapan tahniah dari Puan Pengetua.

Kelihatan Cik Cindy Soh (Selaku guru pembimbing) bersama Sdri Siti Hajar, Pengetua dan YM Ir. Datu Jamigul Hj. Datu Salin, KS SPPK Jabatan Pelajaran Sabah.

Pertandingan Pidato Kelab Pelaburan Bijak PNB & Kuiz Pelaburan PNB peringkat Negeri Sabah disempurnakan oleh YM Ir. Datu Jamigul Datu Hj. Salin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sabah mewakili Pengarah Pelajaran Sabah. Pertandingan tersebut diadakan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 15 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 2.00 hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.

Peserta Maktab Sabah Saudari Siti Hajar Mohd. Azid dibawah bimbingan Cik Cindy Soh Shuk Ping telah mendapat tempat Naib Johan dengan membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM300.00. Johan pada pertandingan tersebut disandang oleh pelajar dari SMK. Abaka, Tawau dan tempat ketiga pelajar dari SMK. Beaufort. Seramai 7 orang peserta pidato. Manakala bagi pertandingan Kuiz Pelaburan Bijak PNB,sebanyak 3 kumpulan yang berjaya keperingkat ini berdasarkan ujian bertulis. Keputusan pertandingan Johan disandang oleh pasukan SMK. Tenghilan, Tamparuli, Naib Johan dari pasukan SM. St. Francis Convent, Kota Kinabalu dan tempat ketiga dari pasukan SMK. Inanam, Kota Kinabalu.







Tarikh : 9 Julai 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Universiti Malaysia Sabah
a. Muzium & Galeri di Bangunan Canselori
b. Perpustakaan
c. Marin Borneo (Akuarium)

Seramai 74 orang pelajar Pra U2, 2009 telah mengadakan lawatan sambil belajar di Universiti Malaysia Sabah dengan diiringi guru seramai 5 orang iaitu 2 orang guru kaunseling En. Musli Andalan & En. Jipanis Suali, Puan Dewi Masayu Sugindi (Penyelaras Tingkatan) serta 2 orang guru praktikum dari UMS sendiri iaitu En. Sia dan Cik Lai.

Kepada pelajar-pelajar PraU2, diharapkan semoga usaha yang dibuat oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dapat memotivasikan pelajar supaya berusaha menempatkan diri ke mana-mana IPTA pada tahun hadapan untuk kejayaan diri sendiri.

Apapun setiap halangan itu adalah satu peluang dan cabaran adalah satu tanggungjawab untuk kecemerlangan diri. Teruskan usaha wahai pelajar-pelajar PraU2.
Wednesday, July 8, 2009



Kelab Kebudayaan, Maktab Sabah dibawah pimpinan Cik Dayang Asmah Eson dan En. Makir Abd. Kadir dengan dianggotai seramai 11 orang pelajar telah dinobatkan Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa anjuran Lembaga Kebudayaan Sabah bersama Jabatan Pelajaran Sabah.

Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa telah diadakan pada 3 hingga 4 Julai 2009 bertempat di Dewan Budaya Penampang. Maktab Sabah membawa pulang RM2500 bagi Johan Keseluruhan Sekolah Menengah, serta Koreografi Terbaik RM300.00 dan Penari Perempuan Terbaik RM300.00 yang diberikan kepada Saudari Noradilah Abd. Hajis.

Warga Maktab Sabah mengucapkan syabas dan tahniah, di atas kejayaan tersebut.
Tuesday, July 7, 2009

Rombongan bergambar di hadapan Bangunan IKM.

Saudari Norhafizah, Ketua Tingkatan 5 Tertib menyampaikan Cenderhati kepada En. Masnan, Pegawai Tadbir IKM

Bersama dengan Pegawai Kaunseling En. Madsidah Mansor dan praktikal Kaunseling (UMS).

Pelajar berada di dalam Dewan Syarahan, mendengar taklimat tentang IKM.

En. Madsidah menerangkan kepada pelajar berkenaan dengan sesuatu program semasa lawatan di persekitaran IKM

Pelajar Tingkatan 5 Tertib, bergambar sebelum bertolak ke IKM.

Tarikh : 7 Julai 2009
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi hingga 11.30
Tempat: Institut Kemahiran MARA (IKM)

Sempena Program Bulan Akademik Maktab Sabah, Bimbingan & Kaunseling telah diberi kepercayaan untuk mengatur program 'Lawatan Sambil Belajar' di Institut Kemahiran MARA. Seramai 37 orang pelajar terlibat iaitu 15 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan.

Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengetahui jenis-jenis kursus atau program yang ditawarkan di institut berkenaan. Rombongan ini diberi taklimat oleh En. Madsidah Mansor, Pegawai Kaunseling dan praktikal kaunseling seramai 3 orang dan turut hadir sama ialah En. George, Pagawi Latihan Industri dan En. Masnan Pegawai Tadbir Institut berkenaan.

Adalah menjadi harapan BK Maktab Sabah, agar pelajar-pelajar yang terlibat memperolahi manfaat yang berfaedah untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan pelajar lain.

Akhir sekali, didoakan pelajar calon SPM 2009 memperolehi kejayaan dengan baik dalam peperiksaan tersebut.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414