Tuesday, July 7, 2009

Lawatan Sambil Belajar.


Rombongan bergambar di hadapan Bangunan IKM.

Saudari Norhafizah, Ketua Tingkatan 5 Tertib menyampaikan Cenderhati kepada En. Masnan, Pegawai Tadbir IKM

Bersama dengan Pegawai Kaunseling En. Madsidah Mansor dan praktikal Kaunseling (UMS).

Pelajar berada di dalam Dewan Syarahan, mendengar taklimat tentang IKM.

En. Madsidah menerangkan kepada pelajar berkenaan dengan sesuatu program semasa lawatan di persekitaran IKM

Pelajar Tingkatan 5 Tertib, bergambar sebelum bertolak ke IKM.

Tarikh : 7 Julai 2009
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi hingga 11.30
Tempat: Institut Kemahiran MARA (IKM)

Sempena Program Bulan Akademik Maktab Sabah, Bimbingan & Kaunseling telah diberi kepercayaan untuk mengatur program 'Lawatan Sambil Belajar' di Institut Kemahiran MARA. Seramai 37 orang pelajar terlibat iaitu 15 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan.

Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengetahui jenis-jenis kursus atau program yang ditawarkan di institut berkenaan. Rombongan ini diberi taklimat oleh En. Madsidah Mansor, Pegawai Kaunseling dan praktikal kaunseling seramai 3 orang dan turut hadir sama ialah En. George, Pagawi Latihan Industri dan En. Masnan Pegawai Tadbir Institut berkenaan.

Adalah menjadi harapan BK Maktab Sabah, agar pelajar-pelajar yang terlibat memperolahi manfaat yang berfaedah untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan pelajar lain.

Akhir sekali, didoakan pelajar calon SPM 2009 memperolehi kejayaan dengan baik dalam peperiksaan tersebut.

No comments: