Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, January 13, 2013

















Tarikh : 12 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 7:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : En. Mohd Zaini Bin Yanin, Ketua Sektor, Sektor Penilaian & Peperiksaan, JPN Sabah

Seminar Keibubapaan merupakan program tahunan sekolah yang dianjurkan oleh PIBG Maktab Sabah. Program ini membentangkan tiga kertas iaitu;
1. Operasi dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah - En. Raffle Hj. Mukadim
2. Peranan Ibubapa dalam Pembangunan Sahsiah dan Pembentukan Akhlak - Ust. Hj.Mohd Syahir Ismail
3. Stail Keibubapaan dalam Pengurusan Sistem Persekolahan - Dr. Hjh. Ananglangka Md.Kassim.
Antara objektif program adalah seperti berikut;
Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak yang sempurna.
- Mengukuhkan kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam usaha pembentukan sahsiah anak-anak.
-Meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang keperluan pendidikan masa kini.

Dalam program kali ini, budaya penyayang diterapkan apabila diadakan pemotongan kek kepada setiap peserta sama ada ibubapa mahupun dikalangan guru yang lahir dalam bulan Januari. Antara yang hadir ialah Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG, NYDP PIBG Tn. Hj. Kamaruddan Abdullah, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah Puan Hjh. Nuinda Hj. Alias yang turut memberikan taklimat keibubapaan kepada peserta.

Seramai 200 orang telah menghadirkan diri dalam seminar tersebut. Adalah menjadi harapan sekolah agar permuafakatan antara ibubapa dan guru dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk kecemerlangan anak-anak bangsa dan juga kecemerlangan sekolah dalam dunia pendidikan.
Friday, January 11, 2013



















































































Tarikh:4 hingga 6 Januari 2013
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : KK Adventure Park, Beringis Papar, Sabah
Sasaran : 44 orang pelajar terlibat.

Unit Bimbingan Kaunseling, PIBG Maktab Sabah bersama Lembaga Disiplin Sekolah telah melaksanakan program jati diri kepada pelajar bagi membangunkan sahsiah agar lebih mesra dan fokus terhadap kehendak ibubapa, diri dan juga sekolah. Usaha ini mendapat sokongan sepenuhnya dari ibubapa pelajar yang mengizinkan dan menggalakkan anak-anak yang terlibat agar lebih berketrampilan seterusnya mampu mencemerlangkan diri dalam bidang sahsiah dan akademik. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh NYDP PIBG Tuan Hj. Kamaruddan Abdullah. Semasa majlis perasmian penutupan, antara yang turut hadir ialah Puan Hajah Nuinda Hj.Alias, Pengetua Cemerlang, Datin Rosiah Liman, PK HEM,  guru-guru yang bertugas iaitu Puan Noraisah, Cik Surilla, Puan Julia, Usz. Radiah, Usz. Mazlin, Cik Dayang Nurulasyikin, Puan Vivie, En. Syrence John, Ust. Mohamad Fazli, Puan Woo Su Kim dan penulis sendiri. Program ini juga turut melibatkan ibubapa pelajar yang terlibat. Beberapa pengisian telah dilaksanakan antaranya ketahanan fizikal, mental dan emosi, ceramah dari En. Iskandar Ahmad dan Ybhg Dr. Ananglangka Md.Kassim, manakala aktiviti penghayatan malam dilakukan oleh En. Syed Mohd Farid dan Cik Sabariah Datuk Jasa.
Program ini telah memperlihatkan kepimpinan pelajar dimana Sdr. Dylon Gomputan dipilih menjadi Penghulu sepanjang program. 

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414