Tarikh:4 hingga 6 Januari 2013
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : KK Adventure Park, Beringis Papar, Sabah
Sasaran : 44 orang pelajar terlibat.
Unit Bimbingan Kaunseling, PIBG Maktab Sabah bersama Lembaga Disiplin Sekolah telah melaksanakan program jati diri kepada pelajar bagi membangunkan sahsiah agar lebih mesra dan fokus terhadap kehendak ibubapa, diri dan juga sekolah. Usaha ini mendapat sokongan sepenuhnya dari ibubapa pelajar yang mengizinkan dan menggalakkan anak-anak yang terlibat agar lebih berketrampilan seterusnya mampu mencemerlangkan diri dalam bidang sahsiah dan akademik. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh NYDP PIBG Tuan Hj. Kamaruddan Abdullah. Semasa majlis perasmian penutupan, antara yang turut hadir ialah Puan Hajah Nuinda Hj.Alias, Pengetua Cemerlang, Datin Rosiah Liman, PK HEM, guru-guru yang bertugas iaitu Puan Noraisah, Cik Surilla, Puan Julia, Usz. Radiah, Usz. Mazlin, Cik Dayang Nurulasyikin, Puan Vivie, En. Syrence John, Ust. Mohamad Fazli, Puan Woo Su Kim dan penulis sendiri. Program ini juga turut melibatkan ibubapa pelajar yang terlibat. Beberapa pengisian telah dilaksanakan antaranya ketahanan fizikal, mental dan emosi, ceramah dari En. Iskandar Ahmad dan Ybhg Dr. Ananglangka Md.Kassim, manakala aktiviti penghayatan malam dilakukan oleh En. Syed Mohd Farid dan Cik Sabariah Datuk Jasa.
Program ini telah memperlihatkan kepimpinan pelajar dimana Sdr. Dylon Gomputan dipilih menjadi Penghulu sepanjang program.
No comments:
Post a Comment