Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Saturday, October 31, 2009





Tarikh : 27 Oktober 2009
Hari : Selasa
Sasaran : Tingkatan 3 Aman

Antara pengisian program selepas PMR ialah Lawatan Ke Wildlife Park Lok Kawi. Rombongan ini disertai seramai 30 orang pelajar bersama dengan guru pengiring Puan Arusinah Alulillah. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 9.00 pagi. Cuaca pada masa tersebut agak mendung, tetapi akhirnya bertambah baik. Semoga pengalaman pelajar melawat ke tempat ini, mendorong pelajar memilih jurusan yang sesuai apabila memasuki tingkatan 4, pada tahun 2010. Unit Kaunseling, Maktab Sabah mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pelajar, serta ibubapa pelajar yang memberikan kebenaran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 Aman, menjayakan program tersebut.

Sistem gred baru masuk ke IPTA

PUTRAJAYA 30 Okt. - Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketatkan mulai tahun depan.

Ini berikutan pengiraan merit untuk pemohon akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Radin Umar Radin Sohadi berkata, kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.

‘‘Sehubungan itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada.

‘‘Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penggredan baru A+, beliau memberitahu, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-.

Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).

‘‘Sebagai contoh, jika sebelum ini keseluruhan A dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini adalah 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-),” katanya.

Radin Umar menambah, syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi.

Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009.

Kata beliau, kaedah itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.

‘‘KPT bersetuju mengadakan taklimat ke seluruh negara kepada guru bimbingan dan kaunseling mengenai perubahan ini,” katanya.

Jelasnya, KPT akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu http:// upu.mohe.gov.my.

Wednesday, October 21, 2009
pelajar diberi penerangan ketika memandikan jenazah


penyampaian cenderahati oleh Usz. Mazlin Musa kepada penceramah

pelajar mendengar ceramah


pelajar perempuan memotong kain kapan.


Penyampaian cenderahati kepada Ust. Muchlis Abd.Kassim
oleh En. Hambali Saad, Penyelaras T3
praktikal memandikan jenazah

Pelajar dibimbing oleh ust. cara-cara memandikan jenazah

mengusung untuk dikapankan

pelajar-pelajar perempuan dibimbing memotong kain kapan,

Tarikh : 20 Oktober 2009
Hari : Selasa
Penceramah Jemputan : Ust. Muchlis Abd. Kassim

Unit Kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam telah merancang untuk mengadakan program pengurusan jenazah bagi membimbing pelajar-pelajar bagaimana mengurus jenazah. Antara yang dipraktikkan ialah bagaimana memotong kain kapan, cara memandikan jenazah, cara mengkapan jenazah dan cara- cara menyembahyangkan jenazah. Adalah menjadi harapan dengan perkongsian ilmu ini, memberi manfaat kepada pelajar bila berhadapan dengan situasi sebenar.
Sunday, October 18, 2009

Kunjungan ke setiap kaunter oleh Pengetua diirngi Pengarah Projek Sdr. Azuan Wahid

Ucapan wakil pelajar oleh sdr. Aiman Agoes

antara penampilan pelajar lelaki Pra U2

memilih juadah yang nak di makan ke?

Dari kiri Penyelaras Tingkatan Puan Masayu, PKP, Pengetua, PK HEM, Puan Lilly (KB Kemanusiaan ) & Puan Noraisah Aribun (Kaunselor)

Ucapan Perasmian Oleh Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua
Kek Perasmian sumbangan oleh Carmen.Tq Carmen

Pelajar-pelajar Pra U2, 2009

Sebahagian hidangan atau juadah yang disediakan oleh pelajar

Pemotongan kek perasmian oleh Pengetua sambil diperhati oleh PKP Puan Samsiah Almalek.

Tarikh : 2 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa :8.00 pagi hingga 10.00 pagi


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr. Abd. Hadi Aspar, Pelajar Pra U1 Science dan disusuli dengan ucapan wakil pelajar oleh Sdr. Aiman Agoes dan seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua. Pengarah projek sambutan ini sdr Azuan Wahid, memaklumkan antara objektif program adalah bagi memberi peluang pelajar mengurus dan menyusun atur sesuatu majlis disamping mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru.
Seterusnya, Pengetua berkunjung ke setiap kaunter untuk bertanya pandangan dan khabar kepada pelajar berkenaan dengan sambutan tersebut.
Thursday, October 15, 2009
Ust. Zainuddin & Ust. Amili sedang menikati juadah.

Ucapan Perasmian Puan Rosiah Liman (PK HEM)

Kelas Tingkatan 3 Aman (gambar atas & gambar bawah)

Gabungan Pelajar Ting. 3 Aman & Makmur mengabadikan gambar kenangan selepas majlis tamat.

Pelajar Ting. 3 Aman bersama Puan Erna Lam

Ucapan Wakil Pelajar Sdri. Norain Jaine (Ting. 3 Aman)

Upacara Pemotongan kek oleh Puan Rosiah Liman (PK HEM). Bersama-sama beliau dari kiri Puan Noraisah, En. Hambali, En. Abd. Jaid Paki (PK Kokum), Cik Noraizah, Puan Joan & Cik Noorhaida

Bersama dengan sebahagian pelajar lelaki Ting. 3 Aman & Makmur

Bersama dengan pelajar perempuan Ting. 3 Aman & Makmur
Tarikh : 15 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : Puan Rosiah Liman, PK HEM

Aktiviti sambutan hari raya adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3, 2009. Ia bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus dan mengatur sesuatu majlis disamping mempelajari silang budaya sesuatu kaum. Program yang disusun atur juga adalah menyahut slogan YAB Perdana Menteri iaitu 1 Malaysia, supaya pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam memelihara keamanan negara.

Cik Sefiah (Kaunselor St.Mary, Limbahau, Prof Dr.Md. Shuaib Che Din, Puan Naimah Hj.Din(PKHEM Dato Peter Mojuntin, Penampang) & Cik Patricia (Pensyarah UMS)
Gabungan kumpulan 1 (2002 hingga 2008)
Dari kiri Puan Ananglangka, Cik Dayang Mayang, En. Wan Anor, Puan Naimah, Cik Patricia, Cik Sefiah, En. Datu Asrah, En. Borhan, En. Musli & En. Makhtar

Dari kiri En. Musli Andalan , En. Madaile, Cik Sefiah Abd. Kahar, Cik Patricia kimong, Puan Naimah Hj. Din, En. Awang Mad Said & En. Borhan Abd. Karim

Tempat : Magellan Sutera Harbour
Tarikh :Ogos, 2009
VIP : Prof. Dr. Md Shuaib Che Din
Dekan SPIKs UMS

Bersama dengan sahabat-sahabat MA Psikologi UMS. Sesekali berkumpul banyak juga perkongsian cerita dari bermula pendaftaran, kuliah sehinggalah majlis konvo pada 2005. Namun begitu beberapa orang sahabat tidak dapat bersama iaitu Cik Normalis Bazid, Puan Rozie, En. Mas Farisin (DBKK), En. Anbanathan, Cik Jusiah (Pensyarah UMS), En. Albert Alin , En. Aziz & En. Frederick. Terima kasih semua yang terlibat dalam kecemerlangan kami terutama tenaga akademik sekolah psikologi UMS.
Tuesday, October 13, 2009
Syukur alhamdulillah, calon PMR Maktab Sabah selesai menduduki peperiksaan dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kami guru-guru anda mengharapkan kejayaan cemerlang,insyaallah. Harapan kami guru-guru anda, janganlah lupa solat dan berdoa serta tawakal kepada Allah swt, semoga calon PMR seramai 253 orang lulus dengan cemerlang.
Walaupun anda telah selesai menduduki peperiksaan, namun calon PMR masih perlu hadir ke sekolah seperti biasa. Ini kerana, Bimbingan & Kaunseling sekolah telah menyusun pelbagai aktiviti yang mendatangkan manfaat bermula tarikh 14 Oktober 2009 sehinggalah pada bulan November. Ia merupakan satu tempoh masa yang panjang, namun kerana tanggungjawab serta keperluan pelajar maka BK sedia melaksanakan aktiviti selepas PMR.
Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah seperti berikut;
  • Taklimat Program & 'Pecah Bendungan'
  • Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 15 Oktober 2009 (Khamis)
  • Pengurusan Jenazah
  • Perlawanan Futsal
  • Perlawanan Badminton
  • Perlawanan Bola Jaring
  • Pertandingan Memasak
  • Lawatan
  • Tayangan Video
  • Indoor Game
  • Bengkel Sains Inovasi & Kreativiti
  • Bersama Dengan Rakan Muda
  • dll.

Adalah menjadi harapan BK & sekolah dengan paparan aktiviti ini, akan memberi semangat kepada pelajar Tingkatan 3 untuk terus hadir ke sekolah seperti biasa. Kami percaya perjuangan anda belum berakhir kerana anda masih perlu meneruskan usaha kecemerlangan dari masa ke semasa sehingga anda semua berjaya meneruskan pengajian ke menara gading. Ini matlamat yang harus ada pada SEMUA PELAJAR.
Friday, October 9, 2009




Tarikh : 15 September 2009 bersamaan 23 Ramadhan
Hari : Selasa
Aktiviti : Penyampaian Bubur Lambuk & Buah Kurma
Kelihatan Pengetua Kolej PTPL menyampaikan sumbangan bubur lambuk & buah kurma untuk juadah berbuka puasa kepada Pengetua Maktab Sabah, Puan Hajah Nuinda Haji Alias, untuk diagih-agihkan kepada staf Maktab Sabah.

Semoga sumbangan dari tuan, mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin. Apapun jua agar perkongsian bestari antara Maktab Sabah dan PTPL berterusan.





Tarikh : 6 Oktober 2009
Hari : Selasa
Sasaran : 253 orang Calon PMR
Antara pengisian program pada masa tersebut ialah;
  • Pemeriksaan Disiplin Pelajar
  • Slot Motivasi 'Harapan, Peluang & Tanggungjawab Pelajar oleh Kaunselor
  • Taklimat Peraturan Peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan
  • Ucap Utama & Mandat Pengetua kepada Calon PMR
  • Restu Guru
Kepada calon PMR 2009 didoakan semoga sukces dan cemerlang. USAHA, DOA & TAWAKAL.
Selamat Menduduki Peperiksaan.
Wednesday, October 7, 2009
Calon SPM & STPM yang berminat untuk mengikuti pengajian di IPTA sesi 2010/2011 diminta untuk membayar yuran wang proses Nombor Unik ID dan beserta salinan kad pengenalan kepada guru-guru kaunseling sebelum 19 Oktober 2009. Pelajar boleh melayari Laman web Rasmi Kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my. Aplikasi talian dibuka pada 2 November hingga 31 Disember 2009 bagi Fasa 1 iaitu Pendaftaran Maklumat Permohonan. Manakala bagi Fasa 2 akan dibuka pada 2 Februari 2010 hingga 30 Mac 2010 untuk pengesahan permohonan dan pilihan program.

Pihak kaunseling mengharapkan agar semua calon SPM & STPM tidak melepaskan peluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA demi masa depan yang cemerlang. Kami doakan kejayaan bersama anda. Amin.
Tarikh Peperiksaan : 7 Oktober hingga 13 Oktober 2009
(Rujuk Jadual Peperiksaan yang telah diedarkan kepada pelajar sendiri oleh Setiausaha peperiksaan)

Selamat Menduduki Peperiksaan, didoakan semua Calon PMR seramai 253 orang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang demi penghargaan diri sendiri, keluarga dan Maktab Sabah. Sesungguhnya usaha yang dilakukan selama 3 tahun di sekolah menengah akan menjanjikan kejayaan kepada anda untuk mengikuti jurusan yang sesuai di sekolah menengah atas nanti. Apapun kami guru-guru anda di Maktab Sabah, mendoakan semoga anda semua sukces dan sentiasa bertanggungjawab penuh untuk hadir sepanjang peperiksaan berlangsung.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414