Tuesday, October 13, 2009

Perancangan Aktiviti Selepas PMR

Syukur alhamdulillah, calon PMR Maktab Sabah selesai menduduki peperiksaan dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kami guru-guru anda mengharapkan kejayaan cemerlang,insyaallah. Harapan kami guru-guru anda, janganlah lupa solat dan berdoa serta tawakal kepada Allah swt, semoga calon PMR seramai 253 orang lulus dengan cemerlang.
Walaupun anda telah selesai menduduki peperiksaan, namun calon PMR masih perlu hadir ke sekolah seperti biasa. Ini kerana, Bimbingan & Kaunseling sekolah telah menyusun pelbagai aktiviti yang mendatangkan manfaat bermula tarikh 14 Oktober 2009 sehinggalah pada bulan November. Ia merupakan satu tempoh masa yang panjang, namun kerana tanggungjawab serta keperluan pelajar maka BK sedia melaksanakan aktiviti selepas PMR.
Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah seperti berikut;
  • Taklimat Program & 'Pecah Bendungan'
  • Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 15 Oktober 2009 (Khamis)
  • Pengurusan Jenazah
  • Perlawanan Futsal
  • Perlawanan Badminton
  • Perlawanan Bola Jaring
  • Pertandingan Memasak
  • Lawatan
  • Tayangan Video
  • Indoor Game
  • Bengkel Sains Inovasi & Kreativiti
  • Bersama Dengan Rakan Muda
  • dll.

Adalah menjadi harapan BK & sekolah dengan paparan aktiviti ini, akan memberi semangat kepada pelajar Tingkatan 3 untuk terus hadir ke sekolah seperti biasa. Kami percaya perjuangan anda belum berakhir kerana anda masih perlu meneruskan usaha kecemerlangan dari masa ke semasa sehingga anda semua berjaya meneruskan pengajian ke menara gading. Ini matlamat yang harus ada pada SEMUA PELAJAR.

No comments: