Tarikh : 27 Oktober 2009
Hari : Selasa
Sasaran : Tingkatan 3 Aman
Antara pengisian program selepas PMR ialah Lawatan Ke Wildlife Park Lok Kawi. Rombongan ini disertai seramai 30 orang pelajar bersama dengan guru pengiring Puan Arusinah Alulillah. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 9.00 pagi. Cuaca pada masa tersebut agak mendung, tetapi akhirnya bertambah baik. Semoga pengalaman pelajar melawat ke tempat ini, mendorong pelajar memilih jurusan yang sesuai apabila memasuki tingkatan 4, pada tahun 2010. Unit Kaunseling, Maktab Sabah mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pelajar, serta ibubapa pelajar yang memberikan kebenaran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 Aman, menjayakan program tersebut.
No comments:
Post a Comment