Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, January 2, 2023

 Setiap hari kita pasti berkomunikasi, sama ada sesama rakan sebaya atau antara murid dengan guru dan sebagainya. Sering kali juga kita berhadapan dengan kegagalan berkomunikasi. Misalnya, maksud mesej tersirat guru berlainan dengan mesej yang ditafsir oleh murid-murid.


Apakah Proses Komunikasi?

  • Komunikasi ialah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seorang individu atau kumpulan yang lain menggunakan simbol-simbol.
  • Komunikasi melibatkan proses menghantar dan menerima mesej daripada seseorang kepada seseorang yang lain dengan mewujudkan kefahaman mengenai mesej yang disampaikan oleh kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.
  • Daripada pers[ektif Isllam, komunikasi bererti proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam al-quran.
  • Komunikasi melibatkan dua proses yang penting iaitu penghantaran mesej (encode) dan penerimaan mesej (decode)
  • Berkongsi makna antara pengirim dan pengirim.

Encode                                                        Gangguan                                    Decode
Awak apa khabar?                                                                                            Alhamdulillah Khabar baik

(Pengirim)                                        Mesej diterima                                    (Penerima)
                                                         Apa khabar?

                                                        Saluran komunikasi
                                                        Alhamdulillah, khabar baik.

                                                            (maklum balas)

Penghantaran Mesej.
Penghantaran mesej melibatkan mesej yang dihasrat, dienkod dalam simbol-simbol yang dihantar. Mislanya, seorang muriid yang ingin bertanyakan guru tentang satu masalah dalam sabjek matematik, dia akan bertanyakan soalan itu dalam bahasa yang iasa digunakannya. begitu juga guru yang ingin menyampaikan mesej kepada murid.

Penghantar akan menggunakan perkataan, simbol, ayat atau bahasa tertentu dalam mesej dan proses ini dinamakan enkod. Berikut ialah perkara-perkara penting yang perlu diberikan perhatian sebelum dan semasa proses enkod.

Sebelum.
  • jelas tentang mesej yang hendak disampaikan.
  • teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan.
  • nyatakan perkara yang hendak disampaikan dengan jelas dan yakin.
  • yakin akan kepentingan mesej itu.
  • mendapatkan perhatian penerima.
  • menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai.
  • senstif terhadap maklum balas pihak lain.

Semasa.
  • memilih perkataan, simbol dan ayat yang tepat.
  • memebri gambaran jelas pada maksud mesej.
  • menggunakan bahasa yang difahami oleh penerima.
  • mengelakkan penggunaan perkataan yang tidak difahami.
  • mesej yang hendak dihantar hendaklah ringkas dan padat, sesuai dengan maksud.
  • mesej juga hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan jelas gambaran keseluruhannya.

Komunikasi juga membabitkan aspek penerimaa mesej. mesej yang diterima kadangkala tidak mengikut maksud yang dihasratkan oleh penghantar, Misalnya, murid-murid tidak memahami maksud yang dihasratkan  oleh guru. Mesej yang diterima akan diterjemahkan dan ditafsirkan oleh penerima dan proses ini dinamakan dekod. Proses dekod  berdasarkan pengetahuan , pengalaman atau latar belakang penerima. Di bawah ialah perkara-perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa proses dekod:
  • menerima mesej dengan fikiran terbuka.
  • memahami dengan jelas mesej yang dihantar.
  • menggunakan proses maklum balas apabila perlu untuk mengesahkan kefahaman anda mengenai mesej.
  • menerima keseluruhan mesej sebelum memberikan tafsiran.
  • kenal pasti halangan dipihak anda sebagai penerima mesej dan meminimumkan halangan-halangan tersebut.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414