Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, October 23, 2023


 Secara mudah jiwa manusia boleh dikategorikan ada empat jenis seperti berikut;

Jiwa Pemimpin

Jiwa Pengikut

Jiwa Pembangkang dan 

Jiwa Pengecut.

Untuk memahami jenis jiwa seseorang kita perlu menjawab beberapa persoalan berikut;

Bagaimana kita melihat dan menerima diri kita sendiri. Adakah kita beranggapan bahawa kita adalah seorang manusia yang bertaraf tinggi, sederhana dan rendah.

Bagaimana kita melihat orang lain terutama rakan-rakan sebaya atau sekerja. Adakah kita melihat mereka itu sebagai manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.

Bagaimana jangkaan kita terhadap  amalan agama seperti sembahyang dan bersedekah. Adakah komitmen 

Tuesday, October 10, 2023

 

            Perasaan seseorang yang mengalami sindrom mania akan meningkat. Mereka biasanya berasa riang dan bertenaga tetapi yang lebih ketara ialah mereka mudah melenting lebih-lebih lagi apabila dikritik atau dihalang daripada melakukan sesuatu yang diingini. Mereka juga mengalami masalah ketenangan perasaan yang tidak normal, misalnya gagal untuk memberikan tindak balas yang sepatutnya apabila menerima berita buruk. Walaupun perasaan pesakit ini kelihatan baik tetapi sebenarnya perasaan murung itu ada dalam diri mereka. Sikap yang ditonjolkan  (riang, melenting, aktif) oleh mereka adalah percubaan untuk menafikan atau mengelakkan rasa murung yang menyelubungi hati mereka.


            Fikiran pesakit sindrom mania ini sarat dengan rancangan serta idea baru dan menarik. Idea itu selalunya hebat-hebat belaka, contohnya berkhayal serta yakin bahawa dirinya adalah Perdana Menteri atau seseorang yang telah berjaya menyelesaikan masalah ekonomi negara. Mereka juga berasa bertenaga dan bersemangat untuk bekerja tetapi produktiviti mereka tidak meningkat. Ini disebabkan mereka tidak dapat memfokuskan fikiran terhadap kerja yang sedang dilakukan kerana fikiran mereka kerap berubah-ubah. Mereka juga gemar memulakan projek baru tapi jarang menyelesaikannya. Selain itu mereka juga tidak dapat menilai perkara yang baik dan munasabah buat diri mereka. Contohnya, mereka dengan mudah melaburkan modal yang besar dalam perniagaan yang tidak menentu, ataupun dengan mudah membeli barangan mewah.

Keadaan pemikiran pesakit mania yang bercelaru ini turut memberikan kesan kepada proses lisan mereka. Percakapan mereka menjadi laju dan agak tertekan. Mereka seringkali mengubah topik yang sedang dibualkan hingga ayat dalam perbualan mereka tidak koheren dan tidak releven. Contohnya, ‘saya sihat sahaja tuan doktor, doktor bagaimana? Betulkah kamu ini doktor atau pelumba basikal Le Tour De Langkawi? Saya sudah pergi ke Langkawi banyak kali dengan kereta Mazda buruk saya tetapi kereta Mazda buruk mana boleh jalan jauh-jauh. Ha! ha! ha! Oh, apa soalan doktor tadi? 

Walaupun perkara yang diperkatakan itu dapat difahami oleh orang lain tetapi kelajuan percakapan serta topik yang tidak berkaitan menyebabkan orang lain sukar untuk memahami aliran pemikiran mereka. Mereka kelihatan seperti tidak dapat mengawal daya tumpuan oleh sebab mereka sering diganggu oleh idea baru dan menarik.

            Dari segi tingkah laku pesakit mania mempunyai tahap keaktifan yang tinggi dan kelakuannya pula tidak terbatas. Mereka bersikap kurang sopan, tidak senonoh dan biadap pada pandangan orang normal. Mereka juga terdorong untuk melakukan aktiviti seksual. Selain itu mereka juga boleh berubah menjadi seorang yang terlalu peramah dan seringkali mendominasi perbualan. Intonasi suara mereka biasanya agak tinggi dan mereka suka bercakap dengan suara yang kuat serta bersemangat.

            Manakala dalam simptom fisiologi pesakit sindrom mania lazimnya sangat bertenaga. Mereka merasakan diri mereka dalam kondisi yang bagus, sangat sihat malah boleh berfikir dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Mereka lebih suka berjaga pada waktu malam dan jika tidur pun mereka akan bangun pada waktu pagi dinihari. Ini bukan sebab mereka menghadapi masalah insomnia tetapi pada pendapat mereka tidur itu hanya membuang masa dan merasakan mereka tidak memerlukan tidur. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti kehilangan berat badan. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ditambah pula dengan peningkatan jumlah aktiviti yang dilakukan pesakit boleh mendapat serangan sakit jantung.

 



 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penyakit mental adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, dan tingkah laku yang menjadikan kehidupan harian seseorang itu menjadi sukar. Kecelaruan perasaan adalah salah satu daripada pelbagai jenis kecelaruan mental yang ada.



            Lazimnya, manusia merasai pelbagai jenis perasaan dalam hidupnya sama ada normal, riang, sedih dan sebagainya. Persoalannya ialah bagaimanakah hendak membezakan perasaan yang dirasai itu sesuatu yang normal atau permulaan episod kecelaruan mental yang serius?

            Secara umumnya tanda kecelaruan perasaan ini bermula apabila kecelaruan perasaan itu mendatangkan kesan negatif kepada setiap aspek kehidupan dan berlarutan dalam jangka masa yang agak lama, ataupun berlaku tanpa sebab yang nyata. Seseorang yang normal mempunyai kawalan ke atas perasannya tetapi bagi mereka yang menghadapi masalah kecelaruan perasaan tidak dapat mengawal perasaan mereka. Kegagalan mereka mengawal perasaan akhirnya membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan juga keluarga.



            Kecelaruan perasaan bermaksud gangguan emsoi yang menyebabkan ketidakselesaan yang subjektif atau mengganggu kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal atau kedua-duanya sekali. Kecelaruan ini melibatkan dua jenis sindrom iaitu kemurungan dan mania.

Simptom yang paling ketara bagi penyakit kemurungan ini ialah penurunan perasaan yang disertai dengan pengurangan aktiviti dan keadaan pesakit yang tidak bermaya. Pesakit tidak lagi berminat untuk melakukan apa-apa aktiviti yang biasa dilakukannya. Pesakit cenderung untuk berasa sedih yang melampau, merasakan dirinya tidak berguna dan hidup yang dilaluinya tidak bererti lagi dan sangat mengecewakan. Menangis adalah salah satu cara untuk mereka melepaskan rasa marah dan kecewa. Penyakit kemurungan ini selalunya disertai dengan sindrom kebimbangan.

            Fikiran pesakit kemurungan ini sering terganggu dan hanya dipenuhi dengan perkara yang suram dan menyedihkan. Akibatnya pesakit akan mengalami masalah hilang daya tumpuan. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang sedang dilakukan kerana sentiasa diganggu oleh kebimbangan dan ketakutan yang wujud dalam diri mereka. Pemikiran mereka juga menjadi lebih negatif. Mereka akan sering menyalahkan, mengutuk dan merendah-rendahkan keupayaan diri sendiri. Mereka memandang negatif terhadap dunia luar dan pesimis terhadap masa depan. Mereka sering memikirkan bahawa penderitaan yang dialami tidak akan berakhir dan cara terbaik untuk menyelesaikan segalanya adalah dengan membunuh diri.



            Perubahan dari segi tingkah laku yang dialami oleh pesakit kemurungan ini ialah pesakit kelihatan seperti tidak bermaya, sering menjauhkan diri daripada orang ramai dan memperlihatkan produktiviti kerja yang semakin mersosot. Penampilan dari segi kebersihan diri, pakaian, dan rambut juga tidak terurus. Selain itu mereka juga mengalami maalah kerencatan fungsi psikomotor seperti intonasi suara yang rendah, pergerakan menjadi perlahan, kurang bercakap dan lebih banyak menggunakan ekspresi muka serta isyarat badan apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga lebih suka duduk berdiam diri dan tidak bergerak untuk berjam-jam lamanya.

            Agitasi juga adalah salah satu simptom bagi sindrom ini. Pesakit sentiasa berasa gelisah, berjalan mundar mandir, memulas-mulas tangan sendiri serta berulang kali bertanyakan soalan yang sama dan seolah-olah mendesak kepada orang lain.

            Akibat daripada gangguan perasaan dan fikiran pesakit kemurungan turut mengalami masalah dari segi fisiologi. Mereka akan hilang selera makan yang akhirnya menyebabkan penurunan berat badan dan mengalami masalah sembelit. Kehilangan selera makan ini berpunca daripada hilangnya nafsu terhadap makanan. Mereka merasakan bahawa makanan yang dimakan itu tidak ada sebarang rasa. Namun begitu, ada juga sesetengah pesakit yang selera makan mereka meningkat hingga menyebabkan pertambahan berat badan.

            Selain itu, mereka juga mengalami gangguan tidur seperti insomnia, kerap terjaga tengah malam atau selalu dihantui dengan mimpi ngeri ketika tidur. Kadangkala ada juga pesakit yang mengalami hypersomnia (tidur berlebihan). Masalah kesihatan lain yang dialami oleh mereka ialah gangguan kitaran haid bagi wanita dan penurunan kemampuan daya seksual.




 

 

Sakit mental merujuk kepada seseorang yang tidak sihat atau tidak waras fikiran atau ingatannya. Pakar runding psikiatri menyatakan bahawa sebahagian daripada penyakit mental berpunca daripada keturunan, iaitu berlaku kecelaruan dalam otak pesakit, tetapi kadangkala ia tidak disedari. Malah jika ada yang menyedari tentang penyakit itu, mereka tidak mengetengahkan masalah tersebut. Kesannya mereka yang terbabit tidak mendapat rawatan sewajarnya.



Penyakit mental merupakan penyakit yang serius jika dilihat pada beban yang dialami oleh pesakit itu sendiri. Oleh kerana ia penyakit senyap, ramai yang tidak mahu mengetengahkannya dan akibatnya tidak ada rawatan untuk mereka yang terlibat. Sebenarnya mereka yang menghadapi penyakit mental boleh dipulihkan sekiranya diberi ubat dan rawatan yang betul.

Dalam disiplin ilmu psikologi kaunseling mahupun bidang perubatan moden, tidak ada istilah orang gila, crazy people atau mad people. Istilah yang ada ialah orang yang berpenyakit mental atau cacat akal. Kaunselor dan ahli psikologi mampu dan memang tugas mereka merawat dan membantu pesakit atau individu yang bermasalah tetapi bukan berelemenkan psikopatologi. Makna yang mudah ialah mereka masih waras dan masih siuman. Manakala tugas pakar psikiatri ialah merawat dan membantu pesakit yang dikenali sebagai pesakit mental atau mental ilnes patiens.

Kita semua sedia maklum bahawa perkembangan teknologi yang pesat telah banyak membantu pengurusan organisasi dalam mengurus sumber manusia. Namun demikian, masih terdapat elemen tertentu yang tidak mampu ditangani oleh teknologi terkini. Elemen yang dimaksudkan adalah penjagaan kesihatan mental bagi setiap individu.

Individu yang mengalami masalah dalam memberikan tindak balas terhadap persekitaran akan mengalami bentuk gangguan kejiwaan. Gangguan kejiwaan boleh jadi dalam bentuk mengasingkan diri, tertekan, sepi, sunyi dan hampa. Tahap penyakit jiwa yang kronik disebut sebagai skizofrenia atau simptom paranoid. Pada tahap ini individu biasanya akan memberikan tindak balas yang melampau terhadap rangsangan persekitarannya, seperti marah atau takut yang keterlaluan. Individu yang mengalami gangguan jiwa seperti ini sebenarnya adalah dalam keadaan kecelaruan mental.




Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414