Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, October 10, 2023

 

            Perasaan seseorang yang mengalami sindrom mania akan meningkat. Mereka biasanya berasa riang dan bertenaga tetapi yang lebih ketara ialah mereka mudah melenting lebih-lebih lagi apabila dikritik atau dihalang daripada melakukan sesuatu yang diingini. Mereka juga mengalami masalah ketenangan perasaan yang tidak normal, misalnya gagal untuk memberikan tindak balas yang sepatutnya apabila menerima berita buruk. Walaupun perasaan pesakit ini kelihatan baik tetapi sebenarnya perasaan murung itu ada dalam diri mereka. Sikap yang ditonjolkan  (riang, melenting, aktif) oleh mereka adalah percubaan untuk menafikan atau mengelakkan rasa murung yang menyelubungi hati mereka.


            Fikiran pesakit sindrom mania ini sarat dengan rancangan serta idea baru dan menarik. Idea itu selalunya hebat-hebat belaka, contohnya berkhayal serta yakin bahawa dirinya adalah Perdana Menteri atau seseorang yang telah berjaya menyelesaikan masalah ekonomi negara. Mereka juga berasa bertenaga dan bersemangat untuk bekerja tetapi produktiviti mereka tidak meningkat. Ini disebabkan mereka tidak dapat memfokuskan fikiran terhadap kerja yang sedang dilakukan kerana fikiran mereka kerap berubah-ubah. Mereka juga gemar memulakan projek baru tapi jarang menyelesaikannya. Selain itu mereka juga tidak dapat menilai perkara yang baik dan munasabah buat diri mereka. Contohnya, mereka dengan mudah melaburkan modal yang besar dalam perniagaan yang tidak menentu, ataupun dengan mudah membeli barangan mewah.

Keadaan pemikiran pesakit mania yang bercelaru ini turut memberikan kesan kepada proses lisan mereka. Percakapan mereka menjadi laju dan agak tertekan. Mereka seringkali mengubah topik yang sedang dibualkan hingga ayat dalam perbualan mereka tidak koheren dan tidak releven. Contohnya, ‘saya sihat sahaja tuan doktor, doktor bagaimana? Betulkah kamu ini doktor atau pelumba basikal Le Tour De Langkawi? Saya sudah pergi ke Langkawi banyak kali dengan kereta Mazda buruk saya tetapi kereta Mazda buruk mana boleh jalan jauh-jauh. Ha! ha! ha! Oh, apa soalan doktor tadi? 

Walaupun perkara yang diperkatakan itu dapat difahami oleh orang lain tetapi kelajuan percakapan serta topik yang tidak berkaitan menyebabkan orang lain sukar untuk memahami aliran pemikiran mereka. Mereka kelihatan seperti tidak dapat mengawal daya tumpuan oleh sebab mereka sering diganggu oleh idea baru dan menarik.

            Dari segi tingkah laku pesakit mania mempunyai tahap keaktifan yang tinggi dan kelakuannya pula tidak terbatas. Mereka bersikap kurang sopan, tidak senonoh dan biadap pada pandangan orang normal. Mereka juga terdorong untuk melakukan aktiviti seksual. Selain itu mereka juga boleh berubah menjadi seorang yang terlalu peramah dan seringkali mendominasi perbualan. Intonasi suara mereka biasanya agak tinggi dan mereka suka bercakap dengan suara yang kuat serta bersemangat.

            Manakala dalam simptom fisiologi pesakit sindrom mania lazimnya sangat bertenaga. Mereka merasakan diri mereka dalam kondisi yang bagus, sangat sihat malah boleh berfikir dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Mereka lebih suka berjaga pada waktu malam dan jika tidur pun mereka akan bangun pada waktu pagi dinihari. Ini bukan sebab mereka menghadapi masalah insomnia tetapi pada pendapat mereka tidur itu hanya membuang masa dan merasakan mereka tidak memerlukan tidur. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti kehilangan berat badan. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ditambah pula dengan peningkatan jumlah aktiviti yang dilakukan pesakit boleh mendapat serangan sakit jantung.

 



 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414