Pandemik Virus Covid 19, yang menular di seluruh dunia melibatkan ramai kematian dan di Negara Malaysia sahaja sudah mencecah lebih 6000 orang yang didapati positif covid 19 (semasa artikel ini ditulis), dan daripada angka itu seramai lebih 4000 orang telah sembuh dan discaj dari hospital. Manakala hampir 2000 orang masih menerima rawatan dan lebih seratus orang meninggal akibat virus tersebut.. Kerajaan Malaysia, telah mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan secara berfasa dari fasa 1, mulai 18 Mac 2020 sehingga ke fasa 4 yang berakhir 12 Mei 2020, bagi mengekang penularan virus dengan cepat. Usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, serta petugas barisan hadapan Semua Petugas Kesihatan, PDRM, ATM, APM, Rela dan barisan hadapan lain, amatlah disanjung tinggi atas usaha yang dilakukan oleh mereka.
Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab memenuhi arahan yang diberi iaitu dengan duduk di rumah, hanya keluar untuk membeli barang keperluan sahaja bagi mengekang enularan virus tersebut. Akibat daripada gejala ini, rutin kehidupan kita berubah 360 darjah. Jadi, inilah peluang kita untuk bersama keluarga berada di rumah untuk lebih mengeratkan aktiviti kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment