Tarikh : 25 Jun 2020
Hari : Khamis
Lokasi : Pasir Putih, Putatan.
Tujuan program adalah untuk menjejak pelajar yang tidak menghadirkan ke sekolah dan tidak menyertai pembelajaran online. Persekolahan cuti sejak 18 Mac 2020 hingga 24 Jun 2020, ekoran Pandemik Covid :19. Hasil dari lawatan bersama dengan guru kelas Puan Juelen Gaim dan Puan Dewi Masayu Sugindi, guru mata pelajaran Pengajian Am serta Kaunselor Pelatih Puan Norliani Mahadi berjaya juga mengenalpasti isu dan punca kenapa pelajar tidak dapat menyertai pdpc online dan mengapa ia tidak ke sekolah. Semoga usaha ini, diharapkan dapat membantu pelajar untuk berkeupayaan membuat keputusan demi kesejahteraan hidupnya sendiri. Sekolah adalah tempat melahirkan mereka yang cemerlang ilmu, sahsiah dan bakal kepimpinan negara.
No comments:
Post a Comment