Awal September 2019, Majlis Graduasi Tingkatan 5 dilaksanakan bagi bertujuan memotivasikan para pelajar supaya lebih fokus dan mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. Program ini turut dihadiri oleh ibu bapa murid sebagai tanda sokongan moral kepada anak-anak agar para pelajar meneruskan kecemerlangan hingga ke peringkat lebih tinggi. Pihak sekolah memikirkan bahawa program seumpama ini dapat merangsang dan menarik minat murid supaya mereka dapat meneruskan memberi rasa gembira di kalangan ibu bapa mereka sendiri. Adalah diharapkan program seperti ini, motivasi belajar pelajar akan terus meningkat.
Sekolah masih lagi ditutup ekoran pandemik covid 19, yang belum ditangani dengan baik. Namun, calon SPM iaitu pelajar Tingkatan 5 serta SVM, Tingkatan 6, yang bakal menduduki STPM dan STAM dan peperiksaan antara bangasa akan mula bersekolah pada 24 Jun 2020.
No comments:
Post a Comment