Penonjolan diri adalah suatu keperluan yang penting pada masa kini. Tiada sesiapa pun akan mengenali diri anda jika anda tidak berusaha untuk menonjolkan diri.
Pendekatan klasikal.
- Bertindak secara pasif dalam memperjuangkan peluang.
- Terlalu berwaspada dalam pertuturan dan kelakuan
- Rendah diri
- Konservatif
- Bersikap positif.
Pendekatan terkini.
- Berterus terang
- Berinisiatif
- Berkeyakinan untuk berbahas
- Proaktif.
Menonjolkan diri merupakan suatu strategi;
- Membolehkan seseorang melakukan sesuatu perkara dengan lancar agar dapat mencapai kejayaan lebih cepat daripada orang lain.
- Memenuhi keperluan sempurna diri.
Kepentingan Penonjolan Diri.
Jika anda merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, bagaimanakah anda memujuk supaya ahli baru menyertai persatuan tersebut? Di sinilah teknik penonjolan dipraktikkan.
Dari perspektif pendengar.
- Kenapakah kita harus menerima.
- Apakah kebaikan jika kita menerima.
- Meyakinkan orang lain
- Membolehkan orang lain menerima pandangan kita
- Mendapatkan sokongan penuh daripada semua orang
- Mencapai kejayaan.
Aplikasi Penonjolan Diri Dalam Kemahiran Berinteraksi.
Cikgu Jul terkenang ketika dia masih bersekolah, seorang jurujual datang kerumahnya untuk mempromosikan akhbar. Pada ketika itu,Cikgu Jul sedang asyik mengkaji permainan catur dan tidak mengendahkan kehadiran jurujual tersebut. Cikgu Jul berbisik dalam hati bahawa hal ini tiada kaitan dengannya.
Melihat keadaan ini, jurujual tersebut pun bertanya kepada Cikgu Jul sama ada ia suka bermain catur atau tidak. Cikgu jul berasa hairan sebab jurujual tersebut bertanya sedemikian. Lalu, Cikgu Jul mengajak jurujula tersebut bermain catur bersamanya. Pada akhir permainan, Cikgu Jul menang dan berasa sangat gembira lalu berbual-bual dengan jurujual tersebut. Akhirnya, Cikgu Jul bersetuju melanggan akhbar daripada jurujual tersebut. Malahan, Cikgu jul memujuk jiran-jirannya untuk melanggan akhbar daripada jurujual tersebut.
Daripada peristowa di atas, dapat dirumuskan seperti berikut;
- Cikgu Jul memenangi permainan catur itu.
- Jurujual berjaya menyempurnakan tugasan dan mempraktikkan penonjolan diri sebagai jurujual akhbar yang efektif.
- Situasi menang-menang memuaskan kedua-dua belah pihak.
Dapatkah anda mengenal pasti kunci kejayaan.
No comments:
Post a Comment