Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, October 6, 2022

 Terdapat kaitan yang rapat antara kejayaan dalam kerjaya dengan kemahiran memberikan ucapan yang berkesan. Pemimpin yang mempunyai kemahiran berucap di khalayk ramai dianggap sebagai berkarisma dan mempunyai ketokohan. Conger dan Kanungo di dalam Charismatic Leadership In Organisation menyebut hasil kajian dimana kemahiran berycap adalah faktor paling utama seseorang pemimpin dilihat berkarisma.

Peter Druker menulis ' apabila saudara mula ke hadapan masyarakat, kekuatan dan ketrampilan saudara banyak bergantung pada kebolehan saudara menyampaikan ucapan dan idea'. Kemahiran berucap merangkumi jenis ucapan politik, persembahan berkenaan cadangan perniagaan, perbincangan kumpulan kecil dan lain-lain. Pemimpin politik menggunakan ucapan umum sebagai cara memenangi sokongan. Para ilmuwan menyampaikan kertas kerja di semniar. Eksekutif membuat persembahan produk syarikat kepada pelanggan berpotensi. Pendakwah memberikan kuliah dimasjid. Banyak kerja yang memerlukan kemahiran berucap.



Sindrom Takut Berucap.

Kajian di Amerika mendapati ada dua perkara yang mereka takuti iaitu mati dan berucap di atas pentas. Takut berucap adalah sama seperti takut berenang. Tiada ubat yang dijual di farmasi khas untuk orang yang takut berucap ataupun takut berenang. Orang yang takut berenang hanya mampu dan berani berenang dengan mencampakkan mereka ke dalam kolam renang. Jadi, pastinya saudara tahu apa yang perlu saudara lakukan jika ingin menghilangkan sindrom takut berucap.

Sindrom takut berucap sebenarnya bukanlah penyakit. Semua orang yang berucap menggeletar, tangan berpeluh dan degupan jantung semakin laju. Ia juga adalah lumrah manusia. Jika seseorang tidak mengalami semua itu, saya cadangkan mereka pergi mendapatkan nasihat doktor pakar. Walaupun seseorang itu kerap berucap, mereka masih lagi menggeletar semasa naik ke pentas dan memulakan ucapan. Tun Dr Mahathir juga mengalami perkara yang sama. namun, beliau mampu mengawal keadaan dengan baik tanpa disedari oleh hadirin.

Kita selalu terpengaruh dengan cara ucapan tokoh tertenyu. Ini menyebaban saudara ingin meniru cara mereka bercakap. Namun, apabila saudara tidak mencapai tahap itu atas faktor pendedahan dan pengalaman, saudara menjadi takut berucap. Sebagai individu yang masih dalam proses membina ketokohan dan karisma, jangkaan orang lain kepada ucapan saudara tidaklah setinggi ucapan yang diberikan oleh menteri-menteri. Ia adalah proses dan saudara dapat dapat memperbaikinya daripada semasa ke semasa. Ia lebih baik diperbaiki sekarang daripada terkial-kial mempelajari teknik berucap ketika saudara sudah menerajui kepimpinan. Sudah tentu karisma saudara akan turun dengan cara pengucapan umum saudarar yang membuatkan hadirin sempat bermimpi.

Dalam latihan membina karisma, peserta diminta berucap secara spontan menggunaka maklumat yang mereka ada. Kebanyakkan peserta mempersembahkan gaya berucap yang baik dan menarik. Apabila peserta lain memberitahu yang ucapannya itu baik, kebanyakkan mereka berkata , 'saya pun tidak sangka saya boleh bercakap dengan baik'. Ia bermaksud, sebelum ini mereka tidak berlaku adil kepada potensi diri mereka yang terpendam sehinggalah orang lain yang memberi tahu yang dia memiliki kemahiran berucap yang baik.




0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414