Tuesday, September 27, 2011

Lawatan Di Bulan Ramadan, 2011





Unit HEM telah mengadakan kunjungan ke rumah pelajar yang telah dikenalpasti diberi bantuan dari aspek moral dan seterusnya menyampaikan sumbangan sempena di bulan Ramadan. Rombongan ini diketuai sendiri Datin Rosiah Liman, PK HEM dan turut sama semua Guru Kaunseling dan guru tingkatan Cikgu Yusline Yunos.
Usaha ini dilakukan bagi membantu pelajar supaya mementingkan kehadiran ke sekolah dan memandang dari aspek positif bahawa masalah sosio ekonomi bukan sebagai penghalang dalam meneruskan persekolahan, akan tetapi menjadi perangsang untuk melepaskan diri dari belenggu kemiskinan. Pada masa yang sama PK HEM mengingatkan supaya pelajar pertanggungjawab terhadap peluang yang diberikan di Maktab Sabah.

No comments: