Tuesday, September 27, 2011

Majlis Penyerahan Tugas Badan Badan Khas















Tarikh : 6 September 2011 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang
Pengarah Projek : Cikgu Faezah Nurmin.

Majlis penyerahan tugas badan-badan khas ini turut dihadiri oleh En. Ismail Yusof, NYDP PIBG.
Majlis ini melibatkan semua badan-badan khas sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Majlis Perwakilan Pelajar Pra U, Pengawas Asrama, Pengawas SPBT dan Pengawas Koperasi.

Antara tujuan program adalah bagi memberi ruang jawatan kuasa lama menelaah pelajaran disamping memberi pengalaman baru kepada jawatan kuasa baru untuk meneruskan agenda badan-badan khas masing-masing.

Unit Kaunseling, merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pelaksanaan majlis seumpama ini dan mengharapkan agar badan-badan khas dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam meningkatkan gaya kepimpinan dalam membantu pengurusan sekolah yang cemerlang dan gemilang.

No comments: