Wednesday, October 5, 2011

Pelajar Tingkatan 1,2 & 4

Ibu bapa / Penjaga pelajar

Tingkatan 1, 2 dan 4

Maktab Sabah

Kota Kinabalu

Datuk / Datin / Tuan / Puan,

MAKLUMAN PEPERIKSAAN AWAM PMR DAN CUTI BELAJAR BAGI TINGKATAN 1, 2 DAN 4.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

02. Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan pada 4 Oktober hingga 11 Oktober 2011. Sehubungan dengan itu, semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 diberikan cuti bagi memberi laluan kelas peperiksaan PMR. Anak Datuk / Datin / Tuan / Puan dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 12 Oktober 2011 (Rabu) dan seterusnya menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula pada tarikh tersebut.

03. Semua pelajar Tingkatan 3, Tingkatan 5, Pra U1 dan Pra U2 wajib hadir ke sekolah dalam tempoh tersebut untuk mengikuti Peperiksaan PMR dan pembelajaran seperti biasa bagi Tingkatan 5, Pra U1 dan Pra U2.

04. Kerjasama pihak Datuk / Datin / Tuan / Puan dalam hal ini amat dihargai demi kejayaan pelajar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

PUAN HAJAH NUINDA HAJI ALIAS

Pengetua Cemerlang,

Maktab Sabah, Kota Kinabalu

Sk. Fail

No comments: