Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Ancaman Gajet dan Internet. (Pornografi)

Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanp...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, August 10, 2020
Konsep diri boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang terhadap dirinya. Ini termasuklah persepsi diri terhadap kebolehannya, sikap, sifat, rupa paras, tujuan dan perbuatan. Istilah lain seperti gambaran diri, penilaian diri, estim-diri digunakan sebagai gantian pada konsep diri.

Konsep diri dijelaskan sebagai kuasa pengaruh dalam kelakuan manusia sebab seseorang itu bertindak selaras dengan konsep dirinya. Ertinya, apa yang difikirkan oleh seseorang atau bagaimana ia berlagak ditentukan oleh konsep yang dipegang tentang dirinya. Seseorang yang yakin dan mempunyai kebanggaan terhadap dirinya, berlagak jauh berbeza dari seseorang yang merasa kurang cekap, kecil dan tidak selamat. Begitu juga seseorang yang merasa cekap dalam satu situasi berlagak lain dalam situasi yang berbeza di mana ia merasa tidak cekap dan tidak tenteram. Perangainya boleh memperkuatkan persepsi tentang dirinya. Seseorang yang menganggap dirinya sebagai pembaca yang lemah membuat begitu banyak kesilapan apabila disuruh membaca. Jadi gambaran dirinya sebagai pembaca lemah diperkuatkan lagi. Kerap kali kita takut membaca sebab kita rasa kita belum begitu cekap.

Seseorang individu itu memandang, mentafsir, menerima, menolak atau melawan apa yang ditemuinya sealiran dengan gambaran dirinya. Kelakuannya mungkin nampak tidak rasional kepada pemerhati tetapi bagi orang yang berkenaan, ia adalah selaras dengan perangsangan yang dirasainya. Kepada yang memerhati dari luar, perangai garang guru besar di sekolah adalah bertentangan dengan perangai menikus di rumah. Tetapi kepada guru besar, perangainya adalah secocok dengan persepsi peranannya - ia mengharapkan guru dan murid di bawah penyeliaannya mematuhi undang-undang dan peraturan, sama seperti yang ditunjukkannya semasa di rumah di samping isterinya.

Lawatan Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi di Asrama Malaysia Sabah.




































Konsep diri kita dibentuk melalui interaksi dengan manusia. Daripada cara orang bertindak terhadap diri kita dan penilaian yang mereka buat terhadap usaha kita, kita akan membentuk konsep tentang siapa diri kita dan apa yang boleh kita capai. Justeru itu tindakan orang ramai, terutama mereka yang penting pada kita akan mempengaruhi pembentukan konsep diri kita.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414