Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Ancaman Gajet dan Internet. (Pornografi)

Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanp...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, August 10, 2020
Akil baligh ialah jangka masa seseorang remaja menjadi matang. Organ pembiakan mencapai taraf berfungsi sepenuhnya. Puberti tidak merupakan satu keadaan yang mudah. Ia merupakan satu proses perkembangan yang lambat yang bermula semasa janin dan memuncak semasa remaja. Ini disertai oleh beberapa perubahan yang berlaku tidak serentak atau pada kadar yang sama. Tidak ada satu kejadian standard yang boleh digunakan untuk menentukan status akil baligh.

Perubahan akil baligh dan masalah yang berkaitan.

Gadis-Gadis.

Bagi gadis-gadis, permulaan akil baligh jelas ditunjukkan oleh pertumbuhan buah dada dan haid pertama. Biasanya buah dada mula membesar semasa umur 10 1/2 tahun, selepas pertumbuhan spontan. Ia mengambil masa tiga tahun untuk mencapai perkembangan sepenuhnya.

Ari-ari dan ketiak mengambil masa yang sama untuk mencapai kepadatan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, bangsa merupakan satu faktor. Gadis Cina tidak banyak mempunyai bulu dan selalunya ia mula tumbuh lambat.

Umur gadis yang mencapai haid pertama berbeza dari individu ke individu. Ada perbezaan bangsa dan kajian telah menunjukkan bahawa umur di mana haid pertama dicapai telah turun sejak akhir-akhir dekad. Kebanyakkan gadis mendapat haid pertama ketika berumur antara 12 -14 tahun. Jarang sekali gadis boleh melahirkan anak ketika haid pertama. Selalunya ada jarak masa selama tiga tahun lebih di antara haid pertama dan ovulasi subur. Lagipun, untuk tahun-tahun permulaan, haid agak kurang teratur.

Reaksi gadis terhadap haid pertama sangat berbeza, terpulang pada sikap mereka terhadap kedatangan haid dan betapa sediakah mereka menghadapi kenyatan ini. Bagi mereka yang menganggap haid pertama sebagai satu simbol kematangan seks, kedatangan status sebagai orang dewasa, isteri dan ibu, ini adalah masa yang ditunggu tunggukan. Di kalangan orang-orang India yang tradisional, masa haid akan diraikan dengan upacara meriah sementara bangsa Cina menganggap haid itu kotor. Jadi gadis Cina rasa segan menceritakan tentang hadi kerana dianggap taboo.

Di kalangan ibu-ibu moden, kurang mendapat pertolongan untuk bersedia menunggu haid pertama. Dorothy Roger (1981) melaporkan bahawa hanya sedikit sahaja ibu-ibu di Amerika merasa senang membincangkan dengan anak gadis mereka tentang haid dan proses hamil, mengawal peranakan atau peranan ayah dalam penjadian janin. Kebanyakan ibu di Malaysia mungkin mempunyai perasaan yang serupa.

Pada umumnya, adalah dipercayai bahawa semasa datang haid atau menghadapi datang haid, gadis agak perengus, kesugulan, keletihan atau mengalami berbagai bentuk perasaan yang kurang senang. Kajian telah menunjukkan bahawa gadis yang diberitahu bahawa mereka akan datang haid dalam sehari atau dua melaporkan mereka menyimpan air dalam badan lebih dari biasa dan terdapat perubahan dalam cara pemakanan; berbeza dari mereka yang diberitahu bahawa haidnya akan datang dalam seminggu atau sepuluh hari. Selepas haid pertama, gadis selalunya semakin bertambah paras tingginya.

Meskipun buah dada sangat penting bagi gadis kerana ia merupakan simbol tradisi kecantikan, kewanitaan dan keibuan, ia boleh menjadi punca kerisauan, separuh gadis menjadi segan bila buah dada mereka kian membesar. Mereka pakai baju longgar, enggan berdiri tegak, selalu jalan membongkok supaya buah dada tidak jelas kelihatan. Yang lain nampaknya risau bila pertumbuhan buah dada tidak normal seperti bila salah sebuah dada lebih besar; buah dada terlalu besar atau terlalu kecil.

Remaja Lelaki.

Tanda pertama perubahan akil baligh kalangan budak lelaki ialah pertambahan saiz testis dan zakar yang selalunya terjadi pada umur 12 tahun bagi testis atau setengah tahun kemudiannya bagi zakar. Pertumbuhan yang cepat bagi zakar dan testis bermula semasa remaja, di mana zakar memanjang dua kali ganda di antara umur 12 1/2 dan 17 tahun dan testis bertambah besar sebanyak 10 kali dari umur 12 hingga ke 19 tahun.

Pertumbuhan paras tinggi berlaku pada masa yang sama seperti perkembangan saiz zakar.

Bulu berpigmen mulai tumbuh di pangkal zakar semasa waktu perubahan akil baligh. Lain-lain perubahan akil baligh termasuk buklu bawah ketiak dan di muka.

Budak lelaki mengalami pertumbuhan buah dada yang sederhana di antara umur 11 dan 15 tahun. Selalunya, pembesaran ini hilang dalam masa setahun dua. Walau bagaimanapun mereka yang tidak menyedari bahawa pembesaran ini adalah normal risau tentang kesan kewanitaannya terhadap rupa bentuk mereka. Pembesaran mungkin agak jelas bagi budak lelaki yang kuat makan dan bagi mereka yang kerap mengumpul lemak dekat buah dada. Dalam kes ini, pembesaran mempunyai kesan yang mendalam dan berpanjangan terhadap konsep diri dan persepsi tentang kejantanan.

Zakar penting bagi budak lelaki seperti juga buah dada bagi anak gadis disebabkan pertalian tradisional di antara saiz kemaluan dan kesuburan. Lagipun proses ereksi dan pemancutan mani dianggap sebagai bukti kejantanan.

Ejakulasi (pemancutan mani) pertama adalah sesuatu yang menakutkan dan traumatik bagi lelaki seperti juga akil baligh bagi gadis jika mereka tidak bersedia. Mungkin juga kadang-kadang, berlaku salah faham atau perasaan jijik walhal sebenarnya ini tidak perlu. Kemungkinan timbulnya perasaan ereksi dan pemncutan mani boleh membuat seorang remaja lelaki kerap susah hati.

Perancapan.

Merancap ialah keseronokan nafsu seks melalui manipulasi kemaluan sendiri. Banyak budak lelaki mengetahui cara-cara melakukannya daripada rakan sebelum mereka mencuba sendiri sementara gadis biasanya mengetahui sendiri.

Sikap pihak berkuasa terhadap perancapan adalah berbeza. Amaran kepada muda-mudi tentang kesan perancapan yang menjejaskan dan mengatakan ia mesti dielakkan sama sekali. Ada pula yang mencadangkan supaya perancapan yang dipraktikkan secara normal, adalah sihat dan menyeronokkan kerana ia memusatkan impulse seks dalam organ kemaluan dan ia juga membenarkan pengaliran perasaan (cathargies) seks yang tidak membahayakan tanpa mengeksploitasi orang lain.  Ia juga membooehkan individu mengenal tubuh dan peasaannya sendiri. Bahayanya terletak pada perasaan takut, rasa salah, malu dan jijik yang timbul kerana melakukannya, berpunca dari kurangnya ajaran orang dewasa dan ketidakupayaan meninggalkan tabiat ini.

Aktiviti Seks dan Remaja.

Keremajaan membawa dengannya ketegangan biologikal, keinginan nafsu dan minat yang tertanam dalam perangai sosial dan peribadi seseorang remaja, dan rupa paras fizikal (minat terhadap kaum bukan sejenisnya dan kebimbangan tentang tubuh badan dan rupa paras fizikal). Kegiatan seks dalam apa bentk pun merupakan satu aspek normal dan tidak dapat mengenepikan aspek perkembangan remaja ini. Kita harus memahami bahawa remaja ialah seorang individu yang matang yang mempunyai keperluan biologikal. Ini menghasilkan ketegangan yang menyebabkan ia mencari cara mengatasinya iaitu melalui kepuasan seks. Walau bagaimanapun, tidak ada cara yang dibenarkan oleh masyarakat untuk melepaskan ketegangan seks. Tambahan pula, ia diselubungi oleh misteri, salah faham dan rasa ingin tahu mengenai seks. Akhirnya, remaja diselubungi rasa ingin tahu, ketegangan fisiologikal, frustrasi dan kadang kala, rasa salah.

Meskipun gadis remaja mengalami akil baligh lebih awal, kegiatan seks sehingga ke puncaknya hanya berlaku ketika umur yang lebih lanjut jika dibandingkan dengan budak lelaki. Kajian Kinsey, menunjukkan bahawa di kalangan remaja orang Eropah, seorang lelaki yang sederhana mengalami orgasma lebih daripada 1500 kali sebelum berkahwin jika dibandingkan tidak lebih dari 223 kali bagi wanita (frequensi purata).








1 comments:

Dapatkan pemotong bulu yang bersesuaian di https://thahirah.com/

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414