Thursday, August 20, 2020

Program eRobotik Murid Asrama Malaysia.

Asrama Malaysia Sabah, Maktab Sabah Kota Kinabalu sebagai Host dalam Program eRobotik Murid Asrama Malaysia yang bermula 17 Ogos hingga 19 Ogos 2020. Program ini yang berlangsung selama tiga hari dengan pengisian program seperti berikut;
Hari 1 -mPengenalan Make X Spark (Antarabangsa) dan Format Pertandingan Robotik Asrama Malaysia atas talian dan sebelah petang Inovasi melalui MakeX Spark.
Hari 2 - Bengkel asas Kejuruteraan dan Bengkel Pengaturcaraan
Hari 3 - Bengkel Pembinaan google Site dan Rumusan Penyediaan Projek.

Program ini akan bersambung pada 7 September hingga 10 September bagi pembentangan projek dan pertandingan. Dalam tempoh 25 Ogos hingga 6 September 2020, semua peserta yang terlibat diminta menyaipak tugasan masing-masing seperti dalam format pertandingan. Antara Asrama Malaysia yang terlibat ialah;
1. Asrama Malaysia Sabah , Maktab Sabah Kota Kinabalu
2. Asrama Malaysia Sarawak, Kolej Tuan Ku Tun Ku Haji Bujang, Miri Sarawak
3. Asrama Malaysia Kuala Lumpur, Victoria Institution Kuala Lumpur dan
4. asrama Malaysia johor, SMK (P), Sultan Ibrahim Johor Bahru

































 

No comments: