Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi
Perasmi : Puan Fatimah Shara Ahmad Noor
YDP PIBG, Maktab Sabah
Pelancaran Jogathon Maktab Sabah disempurnakan sendiri oleh YDP PIBG. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Exco PIBG Maktab Sabah iaitu En. Ismail Yusof dan Puan Nadjillah Ahmad Noor.
Larian Jogathon Maktab Sabah dijangka diadakan pada 24 Oktober 2009. Tempoh kutipan derma sepanjang satu bulan bermula dari tarikh 20 Ogos hingga 21 September 2009. Pelajar-pelajar Maktab Sabah hendaklah memberi komited untuk menjayakan program tersebut. Antara inti ucapan YDP ialah mengingatkan pelajar agar memberikan kerjasama yang baik dalam merencanakan program demi pembangunan modal insan dan fizikal Maktab Sabah, khususnya.Gambar-gambar diatas diambil sempena majlis pelancaran tersebut.
No comments:
Post a Comment