Sunday, November 22, 2009

Memori Terindah BK 09

Jamuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Pan Pacific Sutera pada 30 Oktober 2009. Tahniah, atas komitmen semua atas daya usaha Presiden PRS Sdr. Asraf Rusdi & Pengarah Projek Sdri. Dyana Omar.
Pameran Rakan Muda, di Anjung Budi Maktab Sabah. Puan Noraisah menerima cenderamata dari Sdr. Faiz, wakil Rakan Muda. Terima kasih...semoga kerjasama berterusan pada masa akan datang.
Anak didik yang selalu memberikan komitmen dalam Pendidikan IT di Unit Kaunseling, bernama Hesley Mustajab (Ting. 5 Aman, 2009). Tahniah atas kecemerlangan tanggungjawab dan semoga cemerlang juga dalam SPM.Amin
En. Abd. Jaid Paki (PK KoKum), menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Afham Faiz (Ting. 3 Makmur), atas pemergian bonda tersayang ke rahmatullah. Warga Maktab Sabah, mengucapkan takziah...semoga Afham sekeluarga tabah menerima hakikat. Alfatihah untuk arwah, semoga ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin

Sdr. Khairil (Ting. 4 Sejahtera) menerima pen drive 2G , atas hasil penulisan yang diberikan oleh Bimbingan & Kaunseling semasa kelas gantian. Hadiah disampaikan semasa P&P MP Bahasa Malaysia dan turut disaksikan oleh En. Makir Abd. Kadir.

Kesempatan ini juga, saya mengingatkan kepada pelajar-pelajar Maktab Sabah agar terus mengutamakan kecemerlangan dalam menempatkan diri bersama pelajar yang memiliki minda kelas pertama dan yang mengutamakan prestasi cemerlang dalam akademik.

SELAMAT BERCUTI....DAN KEPADA CALON SPM & STPM 2009, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

SELAMAT DATANG 2010, KEPADA WARGA BARU MAKTAB SABAH IAITU...PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1.

No comments: