Hari pertama tahun 2010 pada hari Jumaat, yang merupakan penghulu bagi setiap hari, semoga tahun 2010 menjanjikan kecemerlangan kepada semua umat manusia di muka bumi ini. Perubahan dan peredaran masa, seharusnya mematangkan diri seseorang untuk lebih berjiwa kental, sanggup berdaya saing mendepani cabaran dan pergolakan hidup. Justeru, kepada semua anak-anak bangsa, bangkitlah dari kelalaian yang tidak menjanjikan sebarang kemajuan, TETAPI harus berani membuat anjakan paradigma yang lebih berkualiti demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air yang tercinta.
Tahun Baru 2010, kita harus berazam bersungguh-sungguh, supaya 'hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini'. Kepada anak-anak bangsa yang baru mula menjejakkan kaki ke Maktab Sabah, pelajar-pelajar Ting. 1 diucapkan "Selamat Datang" jadikan impian menjadi realiti iaitu 'datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan'. Begitu juga kepada anak-anak bangsa yang duduk di rumah menunggu keputusan peperiksaan SPM & STPM 2009, anda seharusnya memikirkan usaha dan strategi bagi memenuhi masa luang agar tidak terus berlalu tanpa sebarang perkara berkualiti dan bermanfaat yang telah dibuat. Justeru, bangun dan bangunlah dengan kadar SEGERA.
Kepada anak-anak bangsa yang akan meneruskan pelajaran ke Tingkatan 2, 3, 4, 5 dan Pra U2, janganlah lupa untuk membuat muasabah diri, membuat penilaian bagi penambahbaikan serta pengukuhan sikap yang baik dan meninggalkan tabiat lama yang tidak bermanfaat untuk kebaikan diri, keluarga, dan organisasi anda. Ingatlah kecemerlangan adalah milik semua bukan dipelopori oleh segelintir pihak sahaja. 'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' Bulat tidak akan datang bergolek, pipih tidak akan datang melayang' melainkan semua itu perlu kepada USAHA.
Selamat Maju Jaya.

No comments:
Post a Comment