Friday, March 19, 2010

Program Ke Menara Tun Mustapha





Tarikh : 17 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh
Perbincangan program ini berfokus kepada Cokmar yang disumbangkan oleh Yayasan Sabah kepada Maktab Sabah untuk Majlis Graduan STPM. Antara pegawai Yayasan Sabah yang menyambut kedatangan rombongan Maktab Sabah ialah Tuan Haji Dullah, Izham Datuk Majin dan Abu Zarin Abu Bakar Titingan. Rombongan Maktab Sabah diketuai oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang, Puan Samsiah Almalek (PKP), En. Sudriman Kananu (PKPraU) dan En. Musli Bin Andalan, Kaunselor Berdaftar. Sebaik sahaja perbincangan selesai, rombongan di bawa ke ruang jamuan sebelum sesi lawatan khas di Bahagian Pembangunan Pendidikan.
Hampir sejam perbincangan bersama dengan Tuan Haji Darus, dan rombongan diberikan cenderahati yang turut disampaikan oleh beliau sendiri.

No comments: