Tarikh : 21 September 2010 (Selasa) Tempat : Dewan Makan Asrama, SMK. Majakir Antara Calon yang terlibat : Calon SPM & STPM Semoga tips tips peperiksaan dan motivasi yang disampaikan membantu pelajar untuk lebih yakin dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal diduduki.
Sumbangan Taylor College Countdown PMR, SPM & STPM.
Puan Samsiah Almalek, PKP telah menerima sumbangan daripada Taylor College dan disampaikan kepada Kaunselor Sekolah untuk dipamerkan ditempat yang strategik. Antara tujuan countdown adalah untuk mengingatkan calon-calon peperiksaan awam berkenaan dengan bilangan hari peperiksaan sebenar. Semoga usaha ini, membantu calon untuk tidak leka dan lalai dalam mengingati tarikh peperiksaan sebenar.
Tarikh : 24 September 2010 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi Antara yang terlibat;- 1. KRK Tingkatan 2 Mutiara 2. Ahli-ahli DT. Semoga hubungan akan terus mencemerlangkan pengurusan organisasi masing-masing.
Tarikh : 24 September 2010 Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah Kelolaan : PRS Maktab Sabah, Ting 1, 2 & 4 Pengarah Projek : Sdr. Haziq Alias & Sdr. Ammar Firdaus. Tahniah atas pengelolaan sambutan hari raya aidil fitri. Sesungguhnya kerja yang susah kalau semua memberikan komitmen yang baik, insyaallah akan menjadi mudah.