Masa : 8.30 pagi (bertolak dari sekolah) hingga 1.00 petang
Tempat : Lok Kawi Wildlife Park
Seramai 25 orang Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah telah menyertai lawatan ke Lok Kawi Wildlife Park, yang merupakan aktiviti terakhir PRS Maktab Sabah, tahun 2010. Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengetahui tentang spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di park tersebut. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mengetahui peluang - peluang pekerjaan yang ada ditempat ini.
Rombongan ini turut dihadiri oleh seramai 3 orang guru iaitu En. Musli Bin Andalan, Puan Noraisah Aribun, dan Puan Siti Norkiah Ramin. Turut sama ialah En. Yusri Yusof, AKS Maktab Sabah dan En. Azman Jiran (Suami Puan Noraisah).
Pada awalnya rombongan ini dijangka disertai seramai 50 orang PRS, tetapi oleh kerana PRS tingkatan 4 menduduki peperiksaan akhir tahun pada 25 Oktober , maka penyertaan pelajar tersebut tidak diwajibkan. Berikut disenaraikan nama - nama PRS yang menyertai lawatan ini iaitu;
- Pra U2.
- Tingkatan 5
- Tingkatan 4
- Tingkatan 3
- Tingkatan 2
- Tingkatan 1
Keseluruhannya ucapan terima kasih kepada Presdien PRS iaitu Sdr Asrafrusdhy Datuk Abdullah dan jawatan kuasanya yang telah berusaha sebaik mungkin dalam memartabatkan Pembimbing Rakan Sebaya. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pentadbir Maktab Sabah yang memberi sokongan dan galakan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PRS.