16 Januari
Tarikh ini merupakan tarikh keramat, kerana sinonim dengan penubuhan Maktab Sabah yang telah berjaya melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber dan dinamik. Tahun 2011, usia Maktab Sabah menjangkau ke 54, dan generasi hari ini yang baru menjadi warga pada tahun milinium sewajarnya lebih maju dan kreatif dalam menjana pembangunan diri masing-masing sama ada dalam bidang akademik, pembangunan sahsiah mahupun penglibatan aktif dan pencapaian cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum.
Bangga dan rasa cinta terhadap sekolah, wajar dipupuk dalam diri setiap warga sekolah sama ada di kalangan pelajar, guru, anggota kumpulan sokongan, ibu bapa pelajar serta masyarakat setempat seharusnya sama-sama berganding bahu dalam mencemerlangkan Maktab Sabah sama ada pada peringkat negeri, kebangsaan mahupun antara bangsa. Kolaborasi dan kesepaduan yang mantap semua pihak boleh menjana dan menambahbaik pengurusan Maktab Sabah supaya lebih gemilang dan terbilang. Justeru, budaya 'bangau o bangau' tidak timbul dan masing-masing akan merasionalkan diri dengan bertanya pada diri 'apakah sumbangan saya pada sekolah, yakni memerlukan tuntutan dan komitmen untuk membawa Maktab Sabah maju dan terus maju.
Akhir sekali 'once a collegian, always a collegian'. Selamat Ulang Tahun Maktab Sabah ke 54 tahun.

1 comment:
bangga kerana pernah menjadi salah seorg collegian
Post a Comment