Suara Emas
Maktab Sabah Sejarah Ku
SMK Majakir Rezeki Ku
Tuesday, March 1, 2011
Program Orientasi Kelas Rancangan Khas (KRK) 2011
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah melaksanakan program orientasi kepada Kelas Rancangan Khas iaitu Tingkatan 1 Mutiara dan Tingkatan 1 Berlian. Beberapa pengisian telah disusun atur iaitu slot motivasi, persediaan sebagai pelajar perdana, dan juga penampilan pelajar turut dititik beratkan. Program ini turut dijayakan oleh pelajar-pelajar Pra U2 dan juga Pembimbing Rakan Sebaya yang bertindak sebagai urusetia program yang dilaksanakan selama 2 hari. Program ini disempurnakan penutupannya oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah dan turut dihadiri oleh En. Dikin Musah, iaitu Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah. Sebahagian ibubapa pelajar juga hadir dan seterusnya melawat di kelas-kelas tersebut untuk pembentukan mini PIBG.
No comments:
Post a Comment