Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, June 6, 2011
Tarikh : 28 Mei hingga 12 jun 2011.

Kepada semua pelajar Maktab Sabah, manfaatkan masa percutian sekolah dengan sebaik mungkin. Walaupun anda disajikan dengan undangan majlis perkahwinan saudara mara dan sahabat handai, jauh dan dekat, namun co-business utama anda ialah belajar. Calon peperiksaan PMR,SPM dan STPM tahun ini, kami guru-guru dan ibubapa hanya boleh mengingatkan anda, dan anda semua perlu bertindak kerana usaha yang besar akan menjanjikan kecemerlangan yang berlipat ganda. Bagi pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Bawah, masa ini anda perlu belajar mempersiapkan diri agar semester kedua nanti, anda boleh menangani sebarang kesilapan dan kelemahan yang dilakukan pada masa lepas dan juga menambahbaik kualiti diri yang cemerlang perlu lebih gemilang dan terbilang. Kita perlu ada rasa cemburu terhadap kejayaan orang lain, agar rasa cemburu itu mendorong untuk kita bersaing secara sihat dalam mencapai sebuah kejayaan.
Di kesempatan ini juga, cikgu merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang mengadakan kelas semasa cuti persekolahan, terutama kepada Cikgu Rainul Rauf yang mengadakan kelas gantian GPMS bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Cikgu mengharapkan pelajar-pelajar yang tersenarai memanfaatkan masa kelas tersebut dengan sebaik mungkin.
Kepada rakan-rakan sekerja yang akan berpindah iaitu Cikgu Mohd Nordi Daud dan isterinya Cikgu Sharifah Hamzah ke Kelantan, Cikgu Sudirman Kananu di SMK Tebobon sebagai PK Pra U, Cikgu Noraizah Matlin di SMK. St. Peter Telipok, kami amat menghargai jasa anda semua sepanjang berkhidmat di Maktab Sabah. Jasamu sentiasa di kenang dan ia akan menjadi satu sejarah yang amat indah dan bermakna.
Manakala bagi rakan-rakan sekerja yang mengerjakan ibadah Umrah kami mengucapkan selamat jalan dan selamat kembali ke tanah air dan kami berdoa agar anda semua dipermudahkan menjalankan ibadat masing-masing di Tanah Suci. Amin.
Bagi sahabat-sahabat yang pergi bercuti...bercutilah dan rehatkan diri dari bebanan tugas setelah anda semua memeriksa kertas jawapan anak-anak murid kerana Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan Pertama akan diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu) iaitu minggu pertama persekolahan semester kedua.
Akhir sekali, semoga kita semua sihat walafiat, dipanjangkan umur dan bersua lagi nanti.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414