Sunday, May 27, 2012

Slot Motivasi Di SK.Mutiara, Kota Kinabalu











Tarikh : 19 Mei 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Sasaran : Calon UPSR 2012.
Tajuk Ceramah : Kenapa SAYA MESTI CEMERLANG
Semoga dengan ceramah motivasi yang diberi dapat merangsang calon UPSR SK.Mutiara untuk lebih bermotivasi dan mengharumkan nama sekolah dengan prestasi yang cemerlang. Kejayaan perlu dicari dengan usaha yang gigih. Oleh itu, jika mahu cemerlang, kita perlu bekerja keras bagi mendapatkannya.

Program Orientasi Pra U1, 2012

Tarikh : 9 Mei hingga 25 Mei 2012
Kelolaan : Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah.
Sasaran : Semua Pelajar Pra U1, 2012
Beberapa Aktiviti telah dilaksanakan iaitu aktiviti Ice Breaking oleh Puan Noraisah Aribun, Taklimat Mata Pelajaran oleh semua guru akademik, slot motivasi antaranya Ust. Dr. Norazamuddin Umar, En. Iskandar, Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan. Eksplorasi Alam dan Kembara dari sekolah merentas Kg. Kopungit dan berakhir di Pantai Tanjung Aru, dan mendapat kerjasama dari MPP Pra U2, 2012. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan tentang penulisan resume dan menghadiri temuduga. Majlis penutupan disempurnakan oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah dan dalam majlis tersebut Saudara Pg. Fadhlisyazwi Pg. Noordin menjadi peserta terbaik keseluruhan kategori lelaki manakala Dayangku Nurul Naquiella, menjadi peserta terbaik kategori perempuan. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan uniknya nama-nama kumpulan ialah nama-nama kereta proton keluaran Negara Malaysia antaranya ialah Kumpulan Inspira Evo, Satria, Gen 2, Waja, Perdana, Preve, Saga FLX dan Exora. Kumpulan Inspira telah dipilih menjadi kumpulan paling kreatif.