Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Masa : 7:30 pagi hingga 11:30 pagi
Maktab Sabah, Kota Kinabalu telah mengadakan program 'Bicara Akademik' iaitu melibatkan guru, ibu bapa dan pelajar. Tujuan program adalah membincangkan prestasi pelajar dalam peperiksaan percubaan akhir tahun agar dapat diperbaiki dan dipertingkatkan semasa peperiksaan SPM yang bakal diduduki. Usaha yang dilakukan ini, merupakan salah satu strategi sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar supaya pelajar lebih fokus dan mengetahui kekuatan dan kelemahan melalui perbincangan tersebut.
Unit Bimbingan Kaunseling, mengharapkan program yang disusun atur ini mampu mendorong pelajar supaya memperbaiki diri untuk kecemerlangan diri sendiri, membanggakan ibu bapa dan guru serta meningkatkan imej sekolah.
No comments:
Post a Comment