Friday, June 7, 2013
Program Peningkatan Kendiri.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Peningkatan Kendiri kepada Calon SPM. Usaha ini dilaksanakan bagi membantu pelajar fokus pada pelajaran dan amanah yang dipertanggungjawabkabn kepada mereka oleh ibu bapa dan sekolah. Semoga usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak merangsang kepada calon SPM agar komited terhadap pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Kelihatan En. Jipanis Suali dan Guru Pelatih En. Willie Padul bersama dengan penceramah undangan dari PTPL.
Orientasi Pra U1 Sesi 2013/2014
Tarikh : 13 hingga 23 Mei 2013
Tempat : Dewan Perdana dan Dewan Asrama 1 Malaysia
Sasaran: Semua Pelajar Pra U1 Sesi 2013/2014
Unit Bimbingan Kaunseling Maktab Sabah telah mengadakan Program Orientasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6. Semasa program tersebut Sdr. Mohd Ayub dipilih sebagai Penghulu dan Saudari Nasra Amsyelaciba pula sebagai Timbalan Penghulu. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah ceramah berkenaan dengan mata pelajaran yang ditawarkan mengikut aliran masing-masing dan lawatan di Universiti Malaysia Sabah, Muzium Negeri dan Sambutan Hari Guru. Selain dari ceramah grooming, sukaneka juga turut diadakan yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pelajar dan guru. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari guru-guru akademik Tingkatan 6 dan penutupan program ini disempurnakan oleh En. Syrence John Ignatius Penolong Kanan KoKurikulum Tingkatan 6.
Subscribe to:
Posts (Atom)