Wednesday, July 31, 2013

Program Yayasan Sabah.





















Tarikh : 4 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 7:00 pagi hingga 12:00 tgh
Pelajar Terlibat : Semua Pelajar Tingkatan 4 Aman, Kerjasama, Tertib dan Baiduri
Aktiviti : Biasiswa Anugerah Cemerlang Negeri Sabah.

Guru-guru pengiring : En. Musli Bin Andalan, Puan Noraisah Aribun, En. Jipanis Suali, dan Guru Pelatih Kaunseling dari UNITAR  Cik Nordiana Daya dan Cik Azrina Albert.


Pasaria PIBG & Hari Koperasi Maktab Sabah 2013.



















Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 7:00 pagi hingga 2:00 petang

Program Pasaria PIBG dan Hari Koperasi Sekolah diadakan serentak bagi membolehkan pelajar belajar cara berurusniaga. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memupuk pelajar dapat mempromosikan sesuatu hasil jualan dengan yakin dan berani. Selain itu, antara tujuan utama adalah untuk mencari dana PIBG bagi menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG. Beberapa acara telah dilangsungkan iaitu acara kebudayaan, pakaian beragam, pertandingan mewarna, cabutan tiket bertuah, persembahan ular dan burung dari Wildlife Lok Kawi, karaoke, permintaan lagu dan jualan beraneka jenis makanan, minuman, buah-buahan mahupun gerai runcit dan kraf tangan.

Program ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa, guru, pelajar dan pengunjung-pengunjung. Apa yang lebih menarik ialah berkumpulnya bekas-bekas pelajar Maktab Sabah menyaksikan sendiri perubahan yang berlaku terhadap sekolah yang disayangi.