Sunday, November 24, 2013

Kenangan 2013.

Hari persekolahan tahun 2013 telah melabuhkan tirai pada 16 November 2013. Sesi persekolahan bagi tahun 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 (Khamis). Tahun 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Di awal tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan pelbagai program iaitu;

  • Program Orientasi Tingkatan 1 2013 yang dilaksanakan pada akhir Disember 2012.
  • Program Orientasi Tingkatan 4
  • Kem Jati Diri - Pendaftaran Bersyarat di KKAP
  • Seminar Keibubapaan
  • Pelancaran 'Sekolah Penyayang'
  • Program 'Destinasi Ku Calon PMR
  • Inventori Minat Kerjaya Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
  • Inventori Personaliti Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
  • Program Orientasi Pra U1, 2013
  • Ceramah Kesihatan Rokok dan Penyakit TIBI
  • Pengesanan Ujian Air Kencing
  • Karnival Pendidikan Kerjaya
  • Strategi Jawab Cemerlang Calon PMR, SPM dan STPM
  • Program Selepas PMR dilaksanakan selama 3 minggu.
Selain itu beberapa jawatan telah dipertanggungjawabkan antaranya Setiausaha PIBG, Biro Pendidikan PIBG, Pengarah Program Seminar Keibubapaan, Pengarah Program Pasaria PIBG, Pengarah Program Majlis Anugerah Cemerlang dan banyak lagi tugas yang diberikan oleh pentadbir sekolah. Namun, tidak ada keluhan tetapi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kecemerlangan Maktab Sabah.

Dalam kegiatan sukan, guru penasihat Rumah Sukan  SABAH - En. Musli Bin Andalan, Rumah Sukan CHARTER - Puan Noraisah Aribun dan En. Jipanis Suali. Semangat bertanding tetap diteruskan, namun bila aktiviti UBK kerja berpasukan diutamakan.
Tahun 2014, bakal menjanjikan banyak persoalan. Namun semangat kaizen diambil kira iaitu penambahbaikan sebagai satu transformasi agar aktiviti lebih menjurus kepada aspirasi murid, aspirasi sistem dan anjakan prestasi iaitu lebih dikenali sebagai 5,6 dan 11.





















Gambar-gambar yang dipaparkan adalah mewakili sebahagian aktiviti UBK yang dilaksanakan sepanjang 2013. Kami merakamkan penghargaan terima kasih yang menyokong dan menjayakan program. Semoga di masa-masa akan datang, penglibatan semua pihak dapat diperolehi untuk kecemerlangan modal insan di Maktab Sabah.