Tarikh : 26.4.2014 (Sabtu)
Program Bicara Akademik bertujuan untuk membincangkan prestasi pelajar dalam ujian atau peperiksaan. Ia melibatkan antara guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Dalam hal ini, sasaran diberikan kepada pelajar Tingkatan 5, kerana bakal menduduki SPM pada bulan November nanti. Semoga perkongsian antara semua pihak akan membuahkan hasil dan berkualiti. Ibu bapa disarankan untuk membuat pemantauan kepada pembelajaran anak-anak di rumah dan selebihnya di sekolah adalah tanggungjawab guru.
No comments:
Post a Comment