Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, March 11, 2015











Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah Kota Kinabalu telah melaksanakan Program Bai'ah kepada calon SPM 2015. Dalam program tersebut, diselitkan perkongsian bijak dari pelajar terbaik SPM 2014 Saudari Idayu Mumtaz Iskandar yang memperolehi 9A+, 2A. Turut sama juga berkongsi tentang kaedah belajar ialah Saudara O'nell Abraham Gapitar, pelajar terbaik STPM 2014 yang memperolehi PNGK4.00. Program Bai'ah dilaksanakan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 6 Mac 2015 (Jumaat)
Masa : 7:40 pagi hingga 9:00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.

Program ini turut dihadiri oleh Guru-guru Penolong Kanan, Ketua Bidang dan guru-guru kelas serta guru mata pelajaran. Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang dalam ucapannya menekankan kepada calon SPM supaya belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang membanggakan calon tersebut termasuk ibubapa, guru-guru dan sekolah. Ikrar Bai'ah diketuai oleh Saudari Danish Szhazrein Kaslan,pelajar Tingkatan 5 Mutiara.
Adalah menjadi harapan, semoga program yang dilaksanakan mampu memberi impak maksimum kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414