Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak murid Maktab Sabah yang lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015. Maktab Sabah berjaya melahirkan 1 orang calon yang berjaya mendapat 10A dalam semua mata pelajaran iaitu Danish Sharein Kaslan. Apa yang membanggakan Danish Shazrein juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya. Manakala Pengerusi PRS iaitu Muhammad Hafzan Muhamad Jowsey berjaya mendapat 7A3B. Semoga pencapaian cemerlang ini akan mendorong pelajar-pelajar lain untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.
No comments:
Post a Comment