Sunday, April 10, 2016

Majlis Graduasi STPM 2015


Prauniversiti Maktab Sabah, Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Graduasi STPM 2015. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Tuan Haji Bad Hamid Haji Musli, Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Sabah. Turut sama menghadiri majlis ialah Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah, Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG, En. Sarizam Matsanit, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, dan En. Azmi Datuk Matusin, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Selain itu, ibu bapa graduan juga turut menyerikan majlis dan jemputan-jemputan lain misalnya dari SM.All Saints, SMK. Putatan juga menghantar wakil. Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan semoga majlis ini merupakan jambatan penghubung ke institusi pengajian tinggi. Begitu juga dengan ajk pelaksana yang terdiri dari pelajar-pelajar Prau2 2016. Tahniah untuk semua.

















No comments: