Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah bersama PIBG Maktab Sabah dan Permodalan Nasional Berhad Kota Kinabalu telah mengadakan Program Motivasi untuk calon peperiksaan iaitu PT3, SPM dan STPM. Pada awal pagi para pelajar telah diberi taklimat oleh PNB tentang pengurusan kewangan dan disusuli dengan program motivasi yang disampaikan oleh Dr Shukri Abdullah. Dengan semangat yang diberikan ini diharap mampu membantu pelajar agar lebih fokus dan mengutamakan pelajaran.
Tuesday, May 10, 2016
Kepimpinan Badan-Badan Khas Siri 1/2016
Pada 29 April hingga 1 Mei 2016, Hal Ehwal Murid Maktab Sabah telah mengadakan Kem Kepimpinan Badan-Badan Khas yang melibatkan Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Pengawas Coopmart, Pengawas SPBT, Pengawas Asrama 1Malaysia, dan BAKTI. Program ini melibatkan seramai 150 orang peserta terdiri dari pemimpin pemimpin pelajar.
Perasmian program ini disempurnakan oleh En. Ashim Jumat, Biro Pendidikan PIBG Maktab Sabah. Antara pengisian program ialah Lawatan ke Muzium, Kolej PTPL, Perpustakaan, Grooming, Pengucapan Awam, Reakreasi, Malam Budaya dan Team Building. Semoga program ini memberikan impak yang maksima dalam kemenjadian pelajar.
Friday, May 6, 2016
Program Transformasi Maktab Sabah Bersama MSU.
Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah bersama Managment Science University (MSU) telah melaksanakan Program Transformasi yang berlangsung selama dua hari dari 26 hingga 27 April 2016. Antara pengisian program ini ialah ceramah tentang Kemahiran Menghadiri Temuduga, Penulisan Resume, Bengkel Menjawab Soalan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Antara penceramah yang turut diundang ialah En. Juilis Mokujal, dari SMK. Narinang Kota Belud, Puan Penny dari SM. All Saints, En. Suhardi Derise (MSU). Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pengetua Kolej PTPL En. Suif Sainan yang membantu menjayakan program ini dengan membiayai makan minum pelajar dan penceramah. Semoga program ini membuahkan hasil dalam membantu kecemerlangan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)