Tuesday, July 31, 2018

Penyerahan dan Penerimaan Tugas Badan2 Kepimpinan 2018.

Tarikh: 31 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang
Tempat: Dewan Perdana Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Perasmi: Ybhg En. Mansur Hj. Asun, Pengarah Muzium Sabah, Ex-Student Sabah College
Sebanyak 10 unit kepimpinan pelajar terlibat dalam program ini. Unit Kepimpinan itu ialah Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6, Badan Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Asrama, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas ICT, Pengawas SPBT dan Pengawas Alam Sekitar.
Antara yang berucap dalam majlis itu ialah wakil pelajar dari MPP dan Pengawas Sekolah, diikuti dengan ucapan alu-aluan Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Hj Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C dan ucapan perasmian oleh Ybhg En. Mansur Hj. Asun.
Upacara penyerahan tugas dari AJK Lama sesi 2017/2018 kepada AJK Baru sesi 2018/2019 disaksikan oleh perasmi dan Barisan Pentadbir Sekolah.
Semoga Badan2 Kepimpinan Maktab Sabah ini akan terus menyerlah untuk mencemerlangkan sekolah.




































































































No comments: