Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. Kejohanan ini berlangsung di Stadium Penampang, Sabah. Kejohanan ini disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Hadir sama dalam kejohanan ini ialah Ybrs Tuan Suhaimi Bin Matsah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Antara tujuan kejohanan ini ialah memilih atlet untuk mewakili daerah Kota Kinabalu ke kejohanan MSSS Peringkat Negeri di Sandakan, Sabah.