Thursday, January 1, 2009

Persekolahan 2009

Pertama sekali saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru' semoga tahun 2009 menjanjikan kecemerlangan dan kejayaan serta kesihatan yang sempurna kepada semua warga Maktab Sabah, guru-guru, staf sokongan dan juga anak-anak pelajar yang dikasihi.
Sesi persekolahan 2009 akan bermula pada 5 Januari 2009. Waktu persekolahan bermula 6.40 pagi dan dinasihatkan semua pelajar agar dapat datang lebih awal dan aktiviti pertama adalah perhimpunan rasmi sekolah pada jam 6.50 pagi. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan guru-guru akan berkumpul di Dewan Perdana bagi mendengar Ucap Utama Puan Pengetua Puan Hajah Nuinda Haji Alias.
Sebaik sahaja perhimpunan tamat dijangka 7.40 pagi, semua pelajar akan masuk ke kelas untuk House keeping dan masa ke tiga pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa. Adalah dinasihatkan agar para pelajar dapat bersedia mengikuti P&P pada hari pertama persekolahan.


Bagi pelajar Tingkatan 1, akan menduduki Ujian Diagnostik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Mathematics, Science, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Pendidikan Moral.

Manakala pada jam 8.20 pagi 5 Januari 2009, Majlis Pengetua bersama Ibubapa pelajar Tingkatan 1 pula akan diadakan di Dewan Perdana. Semua ibubapa pelajar Tingkatan 1 dijemput hadir bagi membantu Maktab Sabah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui usaha permuafakatan yang diadakan ini. Sebaik sahaja tamat Majlis akan disambung untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4, 2009 bagi taklimat persekolahan.

Kepada Pelajar-Pelajar Tingkatan 4, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran persekolahan secara on-line dengan melayari laman web http://www.maktabsabah.net/ pada atau sebelum 2 Januari 2009, bagi membolehkan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Sebarang pembayaran boleh dijelaskan pada 6 Januari 2009 bertempat di kelas masing-masing. Para pelajar dinasihatkan membawa wang secukupnya.

Untuk itu, dinasihatkan agar semua pelajar hadir ke sekolah dalam keadaan berpakaian sekolah yang lengkap, kemas dan penampilan diri yang SMART.

Akhir sekali, semoga paparan ini sedikit sebanyak membantu anak-anak pelajar dan ibubapa pelajar mengetahui sedikit sebanyak aktiviti hari pertama persekolahan di Maktab Sabah.

No comments: