Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah-Rumah Sukan Peringkat Maktab Sabah tahun 2009 berlangsung pada 17 Januari 2009 hari Sabtu yang disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah. Dalam kejohanan tersebut Rumah Sukan SABAH dinobatkan Juara Keseluruhan dengan mengutip 544 mata, diikuti Rumah GAYA 406 mata , Rumah CHARTER 330 mata dan Rumah COLONY 324 mata. Selain itu, atlet Rumah Sukan SABAH mengungguli semua kategori kecuali bagi kategori Perempuan B, Perempuan C dan Lelaki Terbuka yang masing-masing dimenangi oleh atlet Rumah GAYA dan Rumah CHARTER.
Penyampaian hadiah bagi setiap kategori masing-masing disampaikan oleh Puan Rosiah Liman, PKHEM bagi kategori Lelaki C dan Perempuan C, manakala Puan Hajah Saripah Haji Ghul Hassan, PKP bagi kategori Lelaki B dan Perempuan B. Drs. Hamid Hj. Abd. Rahmat, Pen. Kanan Kokum menyampaikan hadiah bagi kategori Lelaki A dan Perempuan A. Manakala Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua menyampaikan hadiah bagi kategori Lelaki terbuka dan Perempuan Terbuka. Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG selaku perasmi kejohanan menyampaikan hadiah bagi kategori Guru, PIBG & OSCA dan hadiah keseluruhan.
Selepas majlis penyampaian hadiah semua guru dan ibubapa bersama-sama menjamu selera di Bilik Gerakan, Maktab Sabah.
Bagi pihak Maktab Sabah, merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama ibubapa dan khususnya Polis Trafik, Cawangan Kota Kinabalu yang banyak membantu melicinkan kejohanan merentas desa tersebut.
No comments:
Post a Comment