Hari : Isnin
Masa : 8.45 pagi
Seramai 35 orang guru-guru kaunseling melawat ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu sempena Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan bertempat di Lembaga Urusan Tabung Haji, Negeri Sabah dari tarikh 2 hingga5 Ogos 2009. Rombongan guru-guru ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Nawi Jaafar, Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Negeri Kelantan. Rombongan ini disambut oleh Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru Kaunseling serta diberi penghormatan kalungan Selamat Datang oleh Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya Saudara Adam Fu. Antara perkongsian pintar disekolah ini kepada rombongan guru-guru pengiring PRS adalah tentang sejarah dan kecemerlangan sekolah termasuklah kecemerlangan Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah. Selepas itu, rombongan juga dibawa melawat ke Pusat Sumber iaitu di Galeri Muzium dan seterusnya ke Bilik Bimbingan & Kaunseling. Perkongsian pintar diakhiri dengan jamuan makan tengahhari sebelum rombongan guru-guru pengiring bertolak balik ke Kota Kinabalu pada jam 12. oo tengahhari.
Apapun terima kasih diucapkan, dan semoga hubungan serta perkongsian pintar mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak untuk memartabatkan Perkhidmatan BK dan PRS di sekolah masing-masing.
Apapun terima kasih diucapkan, dan semoga hubungan serta perkongsian pintar mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak untuk memartabatkan Perkhidmatan BK dan PRS di sekolah masing-masing.
3 comments:
Salam..terima kasih atas paparan gambar dan berita di blog ini. Kenangan terindah di Maktab Sabah.
Mohd Pilus .Guru Pengiring WPKL
Tergerak hati mencari maklumat terpandang Laman Maktab Sabah... so termasuk ke dalam Blog... semuanya bermula dengan 'TER...' namun kenangan ketika lawatan di Maktab sangat mengharukan dan saya banyak belajar dari sana .... Tkasih daun keladi kenangan baik akan ku kenang sampai mati.
Salam Kaunseling dari Pak Su (MGKK Kuala Kangsar, Perak)
Alhamdulillah, semoga ia menjadi kenangan buat tuan2 semua.
Post a Comment